BAHAN-BAHANNYA :-) 250 gram pisang, dilecek halus 200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air) 1 cawan quaker oats 3/4 camca teh baking powder (mat tambah) Sedikit gula jika perlu (mat tak letak) Garam secukup rasa Madu, untuk hiasan Mentega, untuk hiasan CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
- Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
- Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
teringat masa pregnant dulu mengidam lempeng pisang, ade member ni tak reti buat, dia buatkan lempeng biasa je..huhu..terharu jgk masa tu..
ReplyDeleteNia - bagus nyer ada kawan yg baik gitu :) sukar di cari kawan yg memahami....kenapa org pregnant ni bila citer pasal makan dan teringin....
ReplyDelete