Tuesday, November 12, 2013

Apam beras

Sgt lembut....
1/2 adunan menghasil lebih kurang 30 biji apam comel
Peneman Setia.....beberapa biji telah di makan.....lembut kan ahmad...walaupun masa dh menujukkan jam 12.30 am


Alhamdulillah....apam beras....Recipe biasa lina ambil drp blog Yatie memories....yatie merupakan peminat kuih jenis kukus....mmg sgt berbaloi....Terima kasih teruskan usaha kongsikan menu kuih2 lama....

Sumber drp blog Yatie memories
Bahan-bahannya.


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

No comments:

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!