Ulam- ulaman nya
LAKSAM yg sedia utk di potong....sgt teruja...Alhamdulilah...Nikmat ALLAH...sukar di perkatakan...kepada nak memcuba boleh la kelink yg di atas tu....selamat memcuba!
Laksam
Labels: LaksamSHEPHERD'S PIE again and again!
Labels: pieAlhamdulilah kita masih lagi bercuti panjang dimana kita masih lagi diawal tahun...alhamdulilah kita senantiasa merasa nikmat yg telah di kurniakan OlehNYA dengan perbagai Nikmat....antara nikmat makanan yg lazat dimana sang pencipta telah mengilhamkan kepada hamba2NYA yg terpilih berkongsi dengan kita...maka dapat la kita menumpang merasai kenikmatnya...spt menu pie....nampak kecil tp sgt besar makna iaitu ilmu ALLAH tidak terhitung byk nya....kita sebagai hambaNYA jgn la merasai apa yg kita lakukan ini adalah atas usaha kita semata tanpa pertolonganNYA mana memungkinkan kita....tp pada hakikat nya semuaNYA dtg drp penciptaNYA yg sgt agung....ini adalah peringatan buat diri yg serba kekurangan.... bagi lina menu ini sgt sesuai utk makan sarapan mahupun makan mlm....apa pun terpulang kepada selera masing2.... terima kasih pada kak ummi kuantan kerana melalui nya lina dpt merasai dan mencuba menu ini...pujian demi pujian drp anakanda tercinta alia mebuat kan lina telah memasak menu ini kali ke 4...Terima Kasih. Kepada yg ingin melihat boleh la keblog kak ummi 
kepada yg belum memcuba...boleh la memcubanya....Insya ALLAH setiap kebaikan yg kita lakukan dengan keikhlasan akan dibalas olehNYA tanpa disangka2. Kerna penciptaNYA maha kaya dan maha penyayang kepada hambaNYA. mari kita lakukan hijrah kearah kebaikan kerana utk mengapai redha dan rahmatNYA bukan sebaliknya.
Egg Benedict
Labels: RotiPecah kan telur ...dan ready utk masuk oven lebih kurang 10-15 minute
sebelum telur dipecahkan....letak kan sedikit oregano
Masa utk makan...minum petang tadi...selamat mencuba Terima kasih kpd my recipe share recipe yg mudah sedap serta lazat ini. Tambah sekarang ni musim hujan sejuk je petang2 sgt sesuai bangun je tidur hidang kan keluarga tersayang dgn menu pasti licin :)
mari kita tengok apa bahan2 yg di perlukan quinnie sgt rajin mencuba perbagai recipe. Terima kasih! ramai yg lina tengok dh buat Egg Benedict ni antara nya ita Johor Masam manis , hasila...serta ramai la...siapa yg suka masak tu pasti tahu kan :)
sumber My Recipe
Copy drp blog Quinnie
Bahan2
- 4 biji telur
- 4 keping roti whole meal/putih
- lada sulah
- Sedikit butter atau majerin
- Garam
- sedikit serbuk oregano
- 1 bawang putih dicincang halus
Cara-cara
1. panaskan oven 160c...sementara tunggu oven panas...ambik mangkok kecil dan lenserkan mangok tu dgn planta...lepas tu sapu roti ngan planta....kemudian isi roti dlm mangkok tadi..tekan2 skit biar bentuk dia elok je cantik kat dalam bekas tu.... 2. pecahkan telor sebiji2 kat dalam roti tadi....kemudian taburkan bawang putih skit..garam secubit,serbuk lada putih dan serbuk oregano skit....buat sampai habis. 3. lepas oven dah panas dlm 10m...bolehla masukkan roti tadi dan bakar dlm 10-15m....ikut la nak sampai telor tu betul2 masak or half cook...saya suka yg half cook...sedap je bila makan.... 4. keluarkan dari oven roti tadi dan boleh la dipaipkan sos cili dan mayonis kat atas dia....bestnya.Muharram sudah hampir...
Labels: spiritual
Assalamualaikum semua dan selamat pagi,
Muharram semakin menghampiri kita...amalan2 yg perlu kita rebut sebelum menjelma nya tahun baru Hijrah.
10
comments
Posted by
lina
at
8:22 AM
♫ 1 Muharram detik permulaan, ♫ Perkiraan tahun Islam Hijrah, ♫ Perpindahan Nabi & umat Islam, ♫ Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. ♫ Atas keyakinan & Iman yang teguh, ♫ Kaum Muhajirin & ِAnsor bersatu, ♫ Rela berkorban harta & nyawa, ♫ Demi menegakkan Islam tercinta.
Waaah, nasyid pula... ye ツ.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram;
☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa.
☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'.
☑ Menyapu kepala anak yatim.
☑ Bercelak mata pada waktu malam.
☑ Menambah perbelanjaan keluarga.
☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali.
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ
* Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong. Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.
Majlis Meraikan Anak2 Yatim 2011 Sempena “ Menyambut Maal Hijrah 1433”.
Labels: General
SHEPHERD'S PIE
Labels: pieBahan A (Untuk Inti):- ( lina menggunakan Ayam separuh drp adunan ini)
- 500 gram daging kisar ( Lina tukar pada Ayam
- 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
- 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
- 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 1 pokok daun parsli (dicincang) - lina letak daun parsli kering ( sedap ada bau daun )
- 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
- 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar ( lina letak sama mcm kak ummi takut anak2 tak tahan pedas)
- 1 kiub stok daging ( lina tukar pada kiub ayam 1/2 je)
- 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun) ni ikut mcm kak ummi minyak zaitun
- Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
- Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
- Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Bahan B (Untuk Pai):-
- 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil) ( 1/2 kilo kentang je lina buat)
- 1/2 cawan susu segar ( lina letak 1/4 susu segar)
- 2 sudu makan mentega ( 1 sudu mentega)
- 1 sudu teh serbuk lada sulah ( sedikit je lina letak)
- garam secukup rasa
- Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
- Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
- Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
- Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
- Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
- Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
- Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu..
Subscribe to:
Comments (Atom)