This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Dato' Dr. Fazilah Kamsah

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kiramasih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akanterbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doakepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yanghidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkanrezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma janganlupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yangkita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, Diploma Or Degree Mari kita cuba….Allahhuakhbar. .. 0 comments

Perhentian Island

Those who love activities like snorkeling here is the best place to go….i guess. Or anyone out there can share with me…Those who not know the place located i think you guys can google it.
The fresh squid that I had….
Long the way by sea shore
they call this shell...yummmy..love it very much.... snokerling time it was amazing.... My daughter also enjoy it
See how nice the place - pleasant the veiw... ALia in the boat..very brave...enjoy
Dawn time - Alia and Abah after swimming….very cool and peaceful The resort subanallah amazing.... we love the place very nice view and peace.
1 comments

Educate Our kids with 3 Things

Receive this from my mail. Just to share... Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan hamba-hambanya yang terpilih.(Hadith Riwayat Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJH) 1) Cinta kepada nabi Rasulullah saw sangat menyayangi umatnya. At-Taubah [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi. Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”. 2) Cinta kepada keluarga Baginda Sayangilah zuriat keturunan Rasulullah saw daripada isteri-isterinya, keturunan Baginda daripada cucunya Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin, anak kepada Siti Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali KRMWJH dan sahabat-sahabatnya yang dianggap seperti keluarganya sendiri seperti Abdullah Bin Masud. 3) Membaca quran Buatlah program harian untuk membaca al-Quran. Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” Dari Al Barra bin Azib RA, “ Ada seorang membaca surat Al Kahfi sedang tidak jauh dari tempatnya, ada kuda yang terikat dengan tali kanan kiri, tiba-tiba orang itu diliputi oleh cahaya yang selalu mendekat kepadanya, sedang kuda itu lari ketakutan. Dan pada pagi hari ia datang memberi tahu kejadian itu kepada nabi SAW, maka bersabda nabi SAW, ”Itulah ketenangan (rahmat) yang telah turun untuk bacaan Al-Qur’an itu.”(HR Bukhori dan Muslim). Difailkan dalam: Hadith 0 comments

Nuffnang