This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

MASJID pertama bakal di tubuhkan LONDON

PENUBUHAN MASJID AS SOFA - MASJID MELAYU PERTAMA DI KOTA LONDON

Assalamualaikum Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dimuliakan Allah.

Yayasan Sofa dan Sofa Education Limited U.K sedang berusaha menubuhkan Masjid As Sofa di London.

Masjid As Sofa ini pastinya akan melakar sejarah sebagai Masjid Melayu yang pertama ditubuhkan di London.

Ianya berfungsi memudahkan umat Islam terutamanya masyarakat Melayu menjalankan ibadah seperti solat, majlis Ilmu, pusat pengajian komuniti, pusat bimbingan muallaf, sambutan hari kebesaran Islam yang berteraskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Masjid ini akan menjadi pusat, penaung dan benteng masyarakat Melayu di London dalam menjaga aqidah mereka daripada diserang dengan fahaman fahaman yang salah.

Masjid As Sofa London bakal ditubuhkan disebuah premis di - 1 Thorpe Close, London W10 5XL.

Masjid ini akan diuruskan oleh Ustaz Mohamad Zaki Bin Ismail wakil Sofa Education Limited di London.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat membantu penubuhan Masjid Melayu yang pertama di London melalui sumbangan yang boleh disalurkan ke

Maybank (MBB)
Yayasan Sofa Negeri Sembilan :
5626 7421 0071

Setiap sumbangan akan disertakan resit rasmi yang boleh digunakan untuk tujuan pemotongan cukai pendapatan.

🔅Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya atau :

En Amran Ismail - CEO Yayasan Sofa
☎ 0193795577

Ustaz Abdullah Abdul Razak - COO Yayasan Sofa
☎ (019- 904  0669)

1 hingga 10 Zulhijjah merupakan hari-hari yang mulia didalam Islam,  dan semoga kita dapat menginfaqkan harta sepanjang 1-10 Zulhijjah ini.

Rasulullah  ﷺ  bersabda :

"Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah, samada kecil atau besar, nescaya Allah akan membina untuknya istana di dalam syurga."

Riwayat Bukhari dan Muslim.

0 comments

Nuffnang