Selamat petang semua....Minum petang ni....kuih kaswi....dah lama nak buat, tengok kat blog
yatie,
izan buat kuih ni ....nampak sgt sedap....rupa nyer mmg sgt sedap... Terima kasih kepada penyumbang recipe.... :) Izan ada buatkaswi pandan pulak....pandai betul kalau nak tengok pi la ke blog
izan tengok kaswi pandan nya....
Sambal Kicap cicah ngan goreng pisang....sedap yg amat......
ranggup jer goreng pisang ni.....
mai tengok recipe kuih kaswi ni....
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cwn air*
3 helai daun pandan*(*di masak..)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cwn air
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam
Cara-cara :
Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
Posted by
lina
at
4:52 PM