This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Buah Perah

Assalamualaikum...semua dan selamat pagi...Pernah kah anda makan buah perah ini. Buah ni kian pupus kerana pokoknya telah di tebang...lina pun sebenarnya tak tahu rupa pokok buah ni macam mana..seingat lina buah ni sgt lama lina tak pernah jumpa...kebetulan semlm pergi ke pekan sehari temerloh. Itu pun ada satu penjual dlm byk2 perniaga dipasar pagi tersebut.
Lina juga tunjuk kan pada alia...alia merasa sedikit je lepas tu terus tak nak...rasa nya ada rasa sedikit pahit dan lemak2...lina makan buah ni masa kecil...dh tak ingat last makan bila.
Ni rupa buah yg belum di kupas berwarna hitam..Buah ini telah di rebus selama 4 jam kata penjual tu la...lina pun mmg tak ada pengalaman merebus buah ini. makin lama buah ini tidak lagi di kenali oleh generasi baru spt anak2 kita kan...rugi juga rasa nya.Tp nak buat mcm mana ini buah hutan kata mak saya la...mana nak jumpa lagi.
7 comments

Lepat Ubi Kayu

Assalamualaikum semua....makan apa petang tadi...Lepat ubi kayu ni sekali makan sedap juga...mmg lama tak makan.
Berkilat je rupa nya sbb byk ubi sagu nya, halus..Kuih ni bukan lina yg buat mak yg buat...:) mestila sedap...ternyata sedap sbb husband paling byk makan...:)
3 comments

Nasi Ayam Ipoh

Subanallah...Syukur Alhamdulilah..atas nikmatnya lina dpt memcuba nasi ayam yg sgt sedap ini...lain drp lina pernah rasa....sos cili yg berbeza, Sos kicap nya dan kuah sup menggunakan sengkuang....Maha Suci ALLAH atas keizinaNYA...dapat di nikmat oleh semua keluarga kecil ku.
Nasi sebelum di letakkan sos cili dan kicap.... Insya ALLAH recipe ini akan diulang lagi....Oleh kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan nasi ayam ni posing dengan lebih elok. Tukang Masak nak cepat berbuka puasa....Syukur Alhamdulilah jua kerana diberi kesempatan OlehNYA dpt berpuasa pada 1 Zulhijah...Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNYA yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ayam ini lina perap pun kejap saje....dlm masa 40 minute settle semua terhidang diatas meja...Ramai yg telah menguji recipe ini termasuk la ita Johor, kak Nor, Mamamya, ummi nor dan ramai lagi...lina tak dpt nak sebut kan kat sini...tp recipe ini lina copy drp blog Lelord- mamanajlaa. Tengok dia punya gambar terus buat keputusan nak buat nasi ayam ini.
Ni la rupa sos cili yg pada lina sgt sedap...kalau nak tahu kena cuba la ye kawan2...baru tahu akan keenakkannya.
Ok lina nak share recipe nya pula
NASI AYAM IPOH Resepi : Quinne MyR, sumber : Kak Nor , Kak Azlita, Mamamya, Ummi Nor Copy from blog Lelord
Bahan
Utk Nasi:-4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia
*3 biji bawang putih
*3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih
*1 inci halia
*3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merahsedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipissedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burungsedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasantomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Cara Untuk NasiMula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak
Cara Untuk AyamAyam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Cara Untuk Sup:-Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
4 comments

Hari2 yg semakin di pinggir kan OLeh kita UmmatNya

Ini adalah peringatan buat diri ku yg sering kali terlupa begitu juga utk anak2 KU.Kita sering kali terlalai/ Sibuk dengan urusan dunia tanpa memberi ruang utk membuat bekalan utk diri pada hari AKHIR kita. Mari kita sama2 ambil tahu, Ikutinya dan Hayatilah....Terima kasih kepada Saudari Mastura yg sgt lina kasihi kernaNYA. Semoga ALLAH melihat kita dengan pandangan keredhaan dan rahmatNYA kepada kita hamba2nya. Sudi la berkunjung ke blog nya yg sgt bermanfaat pada kita...hamba2 NYA.

"Limpahan Puji Kehadirat ALLAH سبحانه وتعالى yang telah Menghadirkan kita di Majelis Agung bersama Cahaya Keagungan ALLAH سبحانه وتعالى bersama Nurrussamawati wal Ardh (ALLAH سبحانه وتعالى), Maha Raja yang Menerangi langit dan bumi, Yang Maha Menerangi jiwa hambaNYA dengan Ketenangan, dengan Kebahagiaan, dengan kesejukan, dengan Kebahagiaan (sa`adah) dunia dan akhirat.

Hadirin-hadirat, sampailah kita di malam yang Agung ini, di salah satu dari malam-malam Mulia (10 malam Dzulhijjah). 10 malam Dzulhijjah sebagaimana disabdakan oleh Nabiyyuna Muhammad صلى الله عليه وسلم, diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, "Mal `amal min ayyaamin afdhal minha fii hadhih" (tidak ada satu amal yang lebih mulia dan luhur daripada malam-malam di sepuluh malam Dzulhijah dan di hari-hari mulia mulai tanggal 1 hingga tanggal 10 Dzulhijjah).

Hadirin-hadirat yang Dimuliakan ALLAH, inilah malam-malam yang Agung dan hari-hari yang Suci, yang ALLAH سبحانه وتعالى sedemikian banyak Mengangkat derajat hamba-hambaNYA di muka bumi. RahmatNYA (ALLAH سبحانه وتعالى) yang terus Berlimpah, Dilipat-gandakan di hari-hari Mulia di 10 hari Suci Dzulhijjah (mulai tanggal 1 hingga tanggal 10 Dzulhijjah). Oleh sebab itu para Muhadditsin menjelaskan daripada makna Hadiths Rasul صلى الله عليه وسلم, yang mengatakan bahwa setiap amal-amal umat ini dikalikan 10X. Sebagaimana riwayat Shahih Bukhari, "Amal-amal umat ini Dilipat-gandakan 10X lipat sampai 700X lipat". Dan para Muhaddits menjelaskan masing-masing waktu punya waktu Dilipat-gandakannya amal yang lebih besar diantaranya waktu-waktu yang afdhal di 10 hari bulan Dzulhijjah dan juga di hari-hari Ramadhan. Di hari-hari inilah, ALLAH سبحانه وتعالى Melipat-gandakan amal-amal umat ini 700X lipat.

Mereka yang menghadiri Majelis Mulia, Majelis Dzikir dan Majelis Ta`lim kalikan pahala kehadiran 700X Majelis. Mereka yang berdoa kepada ALLAH disaat-saat ini dihitung 700X berdoa. Mereka yang beribadah dengan fardhu dan sunnah dikalikan 700X lipat. Inilah hari-hari Suci dan hari-hari yang Agung bagi hamba-hamba ALLAH yang mengenal Anugerah ALLAH, yang memahami tuntunan-tuntunan terluhur dari semua tuntunan, bimbingan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Limpahan Puji Kehadirat ALLAH yang telah Membangkitkan keinginan didalam perasaan kita untuk hadir dan ingin dekat Kehadirat ALLAH. Diriwayatkan di dalam Shahih Muslim ketika datang seseorang kepada Nabi صلى الله عليه ,وسلم "Ya RasuluLlah, amal apa yang membuatku semakin dekat kepada Syurga dan semakin jauh dari neraka?". Rasul صلى الله عليه وسلم tersenyum dan terdiam seraya bergumam, "Laqad hudiy.. Laqad hudiy... Laqad hudiy..," (orang ini sudah dapat Hidayah), kata Rasul صلى الله عليه وسلم. Padahal orang itu belum beramal apa-apa, belum berbuat sesuatu hanya bertanya, "Apa yang membuat amal seseorang jauh dari neraka dan makin dekat ke Syurga." Munculnya keinginan dari hal itu adalah perasaan yang indah dan itulah Hidayah yang disabdakan oleh Sang Nabi صلى الله عليه وسلم, "Laqad hudiy" (dia sudah mendapat Hidayah)," kata Rasul صلى الله عليه وسلم. Maksudnya apa? Ketika jiwa mempunyai keinginan untuk berbuat hal-hal yang Indah di Sisi ALLAH, itulah Cahaya Hidayah. Semoga ALLAH Menerangi jiwa kita dengan Cahaya Hidayah (amin).

Hadirin-hadirat, inilah malam-malam Suci yang Luhur. Inilah hari-hari yang Indah, mulai tanggal 1 hingga 10 Dzulhijjah. Disunnahkan berpuasa dari tanggal 1 hingga tanggal 9 Dzulhijjah dan puncaknya di hari `Arafah, sebagaimana riwayat banyak Hadiths diantaranya Musnad Imam Ahmad dan juga Imam Tirmidzi dan lainnya, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari `Arafah Diampuni dosanya setahun yang terdahulu dan setahun yang akan datang." Kita menemukan banyak Hadiths tentang kehebatan amal dan Pengampunan ALLAH, tapi belum pernah saya tahu ada Hadiths amal yang bisa menghapus dosa yang lalu dan yang akan datang. Kalau dosa yang lalu banyak kita temukan Hadiths, tapi kalau dosa yang akan datang Dimaafkan juga ALLAH سبحانه وتعالى, inilah Rahasia Kemuliaan Puasa `Arafah. 1 hari (`Arafah) itu mulia hadirin-hadirat, Ampunan ALLAH untuk 1 tahun lalu dan 1 tahun yang akan datang.

Barangkali muncul seseorang berkata dalam hatinya, "Kalau begitu enak dong bermaksiat bisa sampai setahun yang akan datang Diampuni." Hadirin, orang yang berikhlas puasa di hari `Arafah dengan niat Lillah (karena ALLAH سبحانه وتعالى), ALLAH akan Sucikan hari-harinya sepanjang tahun yang akan datang hingga tidaklah ia terjebak ke dalam dosa terkecuali ia taubat kepada ALLAH سبحانه وتعالى.

Hadirin-hadirat, inilah Kemuliaan hari-hari mulia Dzulhijjah. Dan pula tentunya ALLAH سبحانه وتعالى Muliakan mereka-mereka yang berangkat menuju Haji dan Umrah. Dengan Kemuliaan sebagai tamu-tamu Rabbul `Alamin. Beruntung yang berangkat dan beruntung mereka yang mendoakan bagi mereka yang berangkat. Karena tiadalah seseorang berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan terkecuali ALLAH Wakilkan Malaikat berkata, "Amin wa laka mitsluhu," demikian dikatakan para Malaikat. Kalau seseorang mendoakan orang lain dengan kebaikan, Malaikat menjawab, "Amin wa laka mitsluhu." Kalau kita mendoakan, "Rabbiy ampuni semua mereka yang hadir di padang `Arafah." Malaikat menjawab, "Amin dan untukmu Pengampunan `Arafah." Kalau kita mendoakan, "Rabbiy muliakan semua tamuMU di medan Haji dan Umrah dengan Haji Mabrur, kau mendapatkan sedemikian banyak kemuliaannya." Dengan jiwa yang perduli terhadap kebaikan dan kemaslahatan saudaranya Muslimin.

Oleh sebab itu kehidupan ini berubah-ubah tergantung dengan sanubari dan perasaan hati. Sebagaimana Hadiths yang kita baca tadi bersama-sama, Hadiths riwayat Shahih Bukhari, "Ala wa inna fiiljasadi mudhghatan" (bahwa di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging). Daging itu banyak, ada di kepala, di tangan, di kaki. Ada segumpal daging kata Sang Nabi صلى الله عليه وسلم, "Idza shalahat shalahaljasadu kulluh wa idza fasadat fasadaljasadu kulluhu" (apabila ia baik itu segumpal daging maka baik seluruh tubuhnya, kalau seandainya gumpalan daging itu buruk, buruklah seluruh tubuhnya). Apakah itu? "Ala wa hiyalqalb" (itulah sanubari dan hati kita). Perasaan kita itulah yang membuat kehidupan kita dan tubuh kita menjadi baik perlakuannya atau menjadi buruk.

Ketika seseorang beriman kepada ALLAH dan mengetahui Cahaya Keagungan Rabbul `Alamin. Jiwanya senang dengan kedekatan KehadiratuLlah. Berdzikir mensucikan dirinya, ia akan lihat anggota tubuhnya juga akan sangat berat berbuat dosa. Kenapa? Karena sanubarinya suci. Sudah dikatakan oleh Sang Nabi صلى الله عليه وسلم (dalam Hadiths tersebut), maka jika hatinya penuh kerusakan, penuh caci maki terhadap saudaranya, penuh kebencian, muncul nanti ucapan yang buruk, penglihatan yang buruk, pendengaran yang buruk, perbuatan yang buruk, hari-hari yang terus di dalam kegelapan. Oleh sebab itu ketika kita memahami ini, benahi jiwa dan sanubari kita, benahi perasaan kita. Jadikanlah Cahaya ALLAH Menerangi sanubari dan perasaan kita hingga akan kita temukan dosa-dosa itu jauh dari kita dan sangat sulit kita melakukannya.

Kalau jiwanya sudah penuh dengan kemungkaran maka tubuhnya sangat mudah terjebak di dalam dosa. Oleh sebab itu kalau muncul pertanyaan, "Bagaimana caranya terhindar dari dosa-dosa?." (Maka jawabannya) Jaga perasaan dan hatimu agar selalu di dalam kekhusyu`an kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Kita bertanya, "Bagaimana caranya khusyu`? Bagaimana jiwa kita dipenuhi Cahaya ALLAH?." Ingatlah saat-saat perjumpaan, disaat tubuhmu sudah tidak bernyawa lalu diturunkan ke dalam lubang yang menjadi rumah yang terakhir di dunia, saat itu tubuh kita di hadapkan dan wajah kita diciumkan ke tanah, kafan yang menutupi wajah dibuka, mukanya diciumkan ke dinding kuburnya dan tanah ditumpahkan diatas tubuh kita, dan saat-saat itu kita berpisah dengan segala-galanya illALLAH (kecuali ALLAH), berpisah dengan segala-galanya selain ALLAH سبحانه وتعالى Yang Maha Ada dan Tetap Ada.

Beruntunglah mereka yang mengingat saat-saat itu, ia hanya bersama ALLAH. Akankah bersama KemurkaanNYA atau bersama Keredhaan dan Kecintaan ALLAH. Dan ingatlah saat-saat kita akan berdiri di Hadapan Rabbul `Alamin." - Wasiat Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى

* 1 Dzulhijjah 1432H bersamaan hari Jum`t, 28hb October 2011M 9 Dzulhijjah 1432H (Hari `Arafah) bersamaan hari Sabtu, 05hb November 2011M

2 comments

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Alhamdulilah segala puji layak hanya utkNYA yg esa. Lina di beri kesempatan dan kelapangan utk mencuba bingka roti yg dh lama nak cuba. Masa nak prepare tak lama cepat sahaje. Gambar ni terlebih cahaya...rupa nya nampak tak menarik..tp sedap bau pandan nya. Terima Kasih ummi Kuantan yg telah mencubanya terlebih dahulu dan memaklumkan pada rakan2 yg lain akan kelazatan bingka ini....Kepada sesiapa yg berhajat sila click diSINI....Untuk mendapatkan recipenya.Elok juga bingka ini di buat dan di sedekah kan pada rakan2 sempena bulan ZULHIJAH yg bakat tiba esok Insya ALLAH. Amalan bersedekah yg sgt di tuntut oleh agama kita yg suci mulia akan dilipat ganda Oleh ALLAH pahalanya. Hari Esok dh masuk 1 Zulhijah 1432 ....Peringatan n utk diri sendiri dan pesanan buat anak2 tersayang walaupun pada ketika ini kalian tidak mergerti apa.....Amanat ini drp Guru mulia yg telah ummi pelajari drp guru ke gurunya. Ini juga bukan hanya sekadar kata2 drp diri beliau. Mari kita hayatinya... Kerna Aidil Adha sentiasa disambut penuh sepi oleh kita berbanding Aidil fitri....Mari kita menukar pemikiran kita melihat, merayakan,menghayati akan kemuliaan aidil adha. Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Biarpun pada ketika ini diri ini tidak berada di arafah...tp hati dirasakan berada di sana..Semoga ALLAH maha mengetahui dan maha mendengar...rintihan2 hambaNYA yg tidak ada daya melainkan dengan pertolonganNYA.

4 comments

Cekodok Udang

assalamualaikum dan selamat pagi... sarapan pagi kami pada pagi ini.
Gambar kurang memuaskan.
Selamat menjamu selera!
6 comments

Asam Pedas Ikan Sembilang

Alhamdulilah....dah lama tak merasa ikan fresh drp laut.Ikan sembilang masak asam pedas mmg sgt sesuai. Tak tahu la selain masak ikan sembilang selain asam pedas mungkin goreng bercili. Ada idea boleh kongsikan.
1 comments

Ikan Kembung Bakar

Assalamualaikum semua...apa khabar semua..pasti ni hari ada menu2 menarik akan dihidangkan utk keluarga tersayang atau kepada tetamu yg bakal hadir.
Ikan ni tak sempat nak pose byk beteri kemera dah habis...
0 comments

Caremel Cake again...and again

sedia utk di masuk ke dlm oven...kali ini lina guna kan 5 biji telur merah dan tambah 2 biji telur ...satu tin susu cair dan satu cawan susu pekat manis. Pudding nya mmg tebal dgn mengguna kan loyang 10 inci. Pastikan betul cake tidak melekat di tepi loyang
cake di sekelingnya telah tertanggal drp loyang dan pasti kan cake sejuk atau suam2 baru boleh di terbalikkan ( Kalau nak lebih selamat sapukan butter di sekeliling loyang Insya ALLAH lebih mudah)
Ni la rupa cake yg telah di keluarkan dpr loyang. Cake ini sudah sedia dibawa pulang ke kampung sabtu lepas bersama farmbrozen kenari. Alhamdulilah sgt di sukai. Ramai sgt yg cakap cake ni sedap kita bagi merasa pada yg tinggal dikampung...harap2 lepas ini boleh dah buat sendiri. Insya ALLAH jika diizinNYa walaupun benda yg senang pada zahirnya belum pasti terhasil sekiranya tidak di izinkan OlehNYA. Sentiasa la bergantung/dan meminta pertolongan padaNYA. Buruk atau Baik semuaNYA dtg drpNYA. Kita hendaklah sentiasa mensyukuriNYA.
2 comments

Farmbrozen Kenari

ready utk dibawa pulang ke kampung
Filling strawberry Dapat lebih kurang dua balang
Sedia utk di potong
Mari kita potong mengikut kesukaan masing2
Alhamdulilah di beri keizinan Oleh NYA dpt membuat farmborzen kenari buat kali kedua. Atas pemintaan maka terhasil lah. Kali ini lina buat topping nya ada strawberry. Insya ALLAH sgt teruja. Cookies yg di kata husband cookies 5 star....gelak je la ye...janji family dan anak2 suka..Alhamdulilah atas nikmatNYA. Insya ALLAH nak membuat nya tak cerewet ikut sahaje apa yg ada kat recipe ita Johor blog Masam Manis....Insya ALLAH sgt dpt membantu.
4 comments

Puding Roti - Nanirostam

Enak sekali puding ini makan bersama buah2an...
Mari kita tengok close up sikit puding ni....
Alhamdulilah dah lama teringin nak buat puding roti....ada macam2 recipe tp lina tertarik dengan recipe nani rostam.Terima Kasih kak nani...beliau kata nak lagi sedap guna gradenia butter scotch ataupun apa2 roti yg ada butter. Ternyata mmg sungguh lazat. Terima kasih kepada beliau...kak nani. lina buat ni separuh drp adunan dlm recipe beliau...takut tak dpt sambutan kat rumah kurang sikit makan roti. Roti butter scotch ni aje yg laku. Masa roti ni mula keluar satu org satu buku roti....buruk betul perangai... Mai layan recipe nya pula.
  • Assalamulaikum semua dan selamat pagi,
Hari ini mari kita makan puding roti...dah lama puding dlm list..tp tak buat2...Alhamdulilah akhirnya di izinkanNYA...dpt merasa....kenapa lina teruja nak mencuba recipe dpr kak nani ini sbb dia kata dh berpuluh kali buat puding tak jemu2 utk dimakan....Pasti nya sedap kan kalau dh buat byk kali.

Sumber rujukan drp blog nanirostam

Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

7 comments

Scrapbook Contest Prize Ceremony 15.10.2011

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Hari yg di nantikan telah tiba....alia merupa peserta contest bagi category kumpulan A terdiri drp Tahap 1,2 dan 3. Syukur Alhamdulilah...alia meraikan kemenangan saguhati antara 552 penyertaan daripada 40 buah sekolah...buku skrapnya telah dinilai oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Sihat Malaysia yang juga merupakan pakar-pakar pemakanan dan diet daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO). Alia terpilih sebagai pemenang bagi category A sebagai pemenang saguhati seramai 10 org. Setaip pemenang membawa pulang hamper dan wang tunai. Syukur Alhamdulilah.Nikmat ALLAH atas inayahNYA. Penyampaian hadiah telah lakukan oleh Tuan Hj. Aminuddin B Adam, Deputy Director of School Division. Ministry of Education Malaysia. Tahniah alia semoga terus gigih berusaha. Pesanan buat diri ummi dan juga utk anak2 ummi alia maisara dan lil darwsiy... Dengan nama ALLAH apa yg dikehendaki ALLAH pasti belaku. Tidak ada yg mendatangkan kebaikan melainkan ALLAH. Dengan nama ALLAH apa yg dikehendaki ALLAH pasti belaku. Tidak ada yg menolak kejahatan melainkan ALLAH. Dengan nama ALLAH apa yg dikehendaki ALLAH pasti belaku. Segala nikmat drp ALLAH.Dengan nama ALLAH apa yg dikehendaki ALLAh pasti belaku.Tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan yg maha Tinggi lagi Maha Besar. Mari layan gambar alia ketika penyampaian hadiah. 3 comments

Siakap Stim Asam boi

Part ni yg paling disukai...byk isi yg putih...yummmy..
sedia utk di makan.... Kia closed up sikit kepala nya...Cake Caremel... setelah selesai makan bersama dessert ini... Salam jumaat... dengan lafaz....yg mulia dan utk yg ESA.
Ya ALLAH! Cucurilah rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluargannya serta sahabatnya dengan salawat hamba yg sedikit helahgnya dan rasulullah s.a.w sebagai wasilahnya. Engkau adalah PENOLONG bagi semua itu wahai Tuhanku, dan bagi setaip bebanan di atas setaip perkara yg kami hadapi dengan rahsia " Bismillahirrahmanirrahim"
menu mlm tadi...ringkas, cepat tp enak...Syukur Alhamdulilah atas nikmatNYA. 4 comments

Nuffnang