This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Kerabu jantung pisang ikan bilis...


Lagi dan lagi kali ini tambah sos ikan...terbaik.....ikan bilis nak makan baru letak nnt lembik kurang syok... :)

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • satu biji jantung pisang
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 tangkai lada merah - hiris
  • 1 inci belacan bakar ( lina x letak)
  • 1/2 biji bawang besar - mayang halus
  • 1 biji tomato - buang empulur dan hiris
  • 2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
  • gula@perisa
  • garam
  • sos ikan (lina tambah)
Cara-cara
  • Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
  • Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
  • Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis goreng.
  • Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
  • Gaul mesra.
  • Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.




Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Kerabu jantung pisang ikan bilis goreng



Kerabu jantung pisang yg sgt mudah dan sgt menyelerakan
Recipe di cedok drp dapur hanamemories


Sent from my Samsung Galaxy Tab
0 comments

Kerabu jantung pisang




Alhamdulillah buat pertama kali memcuba buat sendiri kerabu jantung pisang.......betul kata kak nor sedap dan berbaloi.....boleh ke blog nya www.secubitgaramnor67.com  ..hasil carian google juga..sumber kata nya drp blog raihan@periuk tanah. Terima kasih berkongsi....

KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.

(nota lina : lina goreng cili padi, bawang besar dan bawang putih lepas tu baru tumbuk halus)


Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

Kerabu Mangga

SInce ada yg tanya cam mana nak buat kerabu ni n3 khas utk recipe nya...ingat semua org dah tahu. mai la saya kongsikan. Bahan2 yg diperlukan 3 – 4 Biji mangga muda *Udang kering secukupnya *Ikan Bilis secukupnya *5 biji Cili padi (nk pedas letak lebih ekk) 2 Biji Limau Kesturi (Kalau kurang masam tambah kan ya) * 3- 4 biji Bawang Merah kecil *3 Ulas bawang Putih *½ biji Kelapa parut 1 biji Tomato (Di buang isinya) Gula secukupnya Garam Secukupnya Cara2nya: Bahan2 yg bertanda * digoreng tanpa minyak sehingga layu dan kelapa kekuningan sedikit. Tumbukkan dlm bagi hancur. Boleh la digaulkan dengan mangga dan tomato. Masukan garam,gula dan air limau kacau2 kan lagi kalau dh cukup rasa semua . Sedia di hidangkan. Kalau nak best lagi goreng kan ikan bilis dan taburkan atas kerabu yg dah siap kacau2 tadi. Mudahkan…..selamat mencuba
2 comments

Kerabu Taugeh

Assalamualaikum semua Mesti ramai kawan2 blog yg lain berpuasa hari ini....apa ye menu kalian semua ya..... Kerabu Taugeh menu berbuka puasa tadi sedap sgt berselera makan dengan nasi goreng taucu. Alhamdulilah tahun baru dimulai dengan sesuati yang baik semoga tahun baru ni akan bertambah segala kebaikan dlm kehidupan seharian di samping semakin menghampirkan diri kepada Allah s.w.t Insya Allah
ni la rupa nasi goreng taucu...menu ilham drp bonda tercinta.....serta ayam goreng anak2 mmg suka. Mak2 dah bosan makan ayam....apa lagi ini menu yg harus di cuba....
0 comments

Nuffnang