Yorkshire Pudding Sosej...
Assalamulaikum semua dan selamat pagi.....pagi ni breakfast dengan Yorkshire Pudding Sosej...Kami suka kan nya...dh lam intai kat
blog diana...kalau nak tengok boleh pi ke blog nya...beliau serta anak mmg peminat Yorkshire...lina pun sama dah mula suka walaupun ini pertama kali memcubanya...senang, mudah serta sedap...lagi satu memenuhi selera anak2 yg mmg sukakan sosej.
Ni la rupa nya baru masak dan keluar drp oven...sgt lembut , wangi....tau sesiapa yg tak cuba lagi boleh mencuba nya...pada lina tak rugi ye.... :) Nak rasa kena cuba...
Masih lagi dlm acuan muffin...
Alhamdulilah....ready utk di makan....dh makan pun...mai kita check recipe nya pula ya...
Terima kasih diana,
Copy from
diana's blog
Recipe asal
Food.com
Bhn²
1 cawan telur yang d pukul ringan
1 cawan tepung gandum _ d ayak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak
10 batang Ayamas koktel sosej ayam berkeju
2 ulas bawang merah _ d hiris
Cara²
- Masukkan tepung, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk.. gaul rata.
- Buat lubang d tengah²nya dan masukkan telur dan pukul hingga sebati.
- Satukan air dan susu segar.. Masukkan bancuhan susu dan air tadi ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit d samping d pukul d setiap kali menambah bancuhan susu dan air tadi.. Pukul sehingga sebati.
- Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam.
- Pukul lagi seketika semasa hendak d bakar.
- Panaskan oven pada suhu 240°C dan masukkan acuan yang telah d isi dengan sedikit minyak ( sapukan juga d seluruh permukaan acuan tu ).
- Panaskan selama 3 - 5 minit ( sehingga minyak cukup panas ).. masukkan sosej dan bakar selama 3 minit.
- Kemudian keluarkan dari oven dan terus tuangkan adunan pudding tadi hingga memenuhi acuan dan taburkan bawang merah d atasnya.
- Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga ianya masak.
- Angkat dan makan bersama sos kegemaran.
Posted by
lina
at
11:24 AM