This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Chicken ala2 nandos



Simple dinner.......selamat mlm semua.....


Sent from Samsung tablet 0 comments

Ayam Palembang

Assalamulaikum dan selamat berbuka puasa dihujung minggu ini. alhamdulilah hari ini kita dah masuk hari 13 Ramadhan....Terasa cepat masa berlalu....Ramadhan mahu meninggal kan kita semua.....terasa sedih kan....Apa menu kalian hari ini....ptg ini kita berbuka dengan ayam masak Palembang yg sudah lama tak dimasak.... kertas recipe drp kawan yg bernama julia..Terima Kasih julia recipe ni dah jd kemestian....mmg sedap...kalau sesiapa tak suka bekari tu ini adalah menu yg sgt sesuai....sbb mmg tak muak utk dimakan. Sekarang lina salin disini supaya senang buat rujukan...tambah2 utk anak tercinta suatu hari nnt boleh cuba memasak sendiri..
Dah lama tak masak menu berasaskan ayam menjadi kegemaran seisi keluarga. Memandangkan dh lama tak masak ada yg request...masak nya pun tak cerewet. Makan mmg rasa tak muak...look like rendang...tp bukan kalau nak berkuah tambah kan sedikit air.
Lauk ni juga sesuai makan bersama nasi minyak atau apa2 jenis nasi...yg di tumis. Lauk ini juga sering kali dimasak jika ada tetamu datang....
Anak2 umii dan keluarga sgt suka kan masak AYAM Palembang ini
Bahan yg diperlukan
1 ekor ayam
2 PAKET rempah kari
2 senduk nasi Cili kering kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 batang Serai
4/5 Bawang merah dan putih di mayang
5-7 Btg daun Kari
1 btg kayu manis
1 canca kecil helba
1/2 halia
(diketuk)
1/2 lengkuas (diketuk)
kicap manis secukupnya
air asam jawa sekukupnya
1 Sudu besarKerisik
Bawang Besa dimasang utk hiasan
Cili Besar utk hiasan
Cara2
1) Goreng ayam separuh masak
2) Tumis bawang kecil, merah, helba, serai, daun kari, halia, lengkuas kulit kayu manis, daun kari serta serbuk kari (dibancuh dengan air)
3) Dah naik bau masukkan cili kering kacau sehingga cili masak
4)masuk kan air asam jawa ( Agak2 ya)
5) gaulkan dan masukkan ayam, bawang utk hiasan dan cili besar, masuk kan kicap (agak2 ya jgn terlau byk )
6) kalau nak basah masukkan sedikit air
7) masukkan kerisik dan kacau
8)masukkan garam kalau kurang rasa masin
selesai...dah boleh dihidangkan.
4 comments

Chicken Roaster

Menu tengah hari sabtu laly ye kawan...jemput makan... :)
Ni la hasil nyer Chicken Roaster :)Ehhh Darwisy pun tak sabar gak ke.....
Ni baru start makan saugage dulu...
Ni kasi pose sikit b4 start makan ye... Baru la nak masuk kan recipe..ada berani..tunjukan bakat anda pula ye...pastu update...ye... Ayam Bakar Kak Liza (Forum Melayu.com) 1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg) 2 s/b madu 1 s/b air limau kasturi atau sos plum 2 s/b COSWAY Delichef Salted Chicken Seasoning 1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus 2 kuntum bunga lawang ] 5 kuntum bunga cengkih ] bahan A 2 biji buah pelaga ] 2 inci kulit kayu manis ] 5 biji kentang kecil - buang kulit 1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering. 2. Gaulkan madu, air limau dan chicken seasoning. 3. Lumurkan ayam dengan bahanyg digaulkan dan perapkan selama 2 atau 3 jam. 4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam. 5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus. 6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas. 7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C. 8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga masak dan lembut. 9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam diatasnya. 10. Sediakan sos lada hitam. SOS LADA HITAM Air ayam dari ayam bakar tadi 2 s/b sos lada hitam ] 1 s/b tepung jagung ]bancuhkan 1 cawan air ] CARA MASAK Masak semua bahan dan tuangkan atas ayam. Nota dari Kak Liza : Boleh gantikan COSWAY Delichef Salted Chicken Seasoning dengan garam, 1 s/k lada sulah/lada hitam, 1 s/k rempah kari ayam dan perapkan...
Nak tahu lebih detail pi ke SINI ye kawan2. 1 comments

Nuffnang