Alhamdulilah segala puji layak hanya utkNYA yg esa. Lina di beri kesempatan dan kelapangan utk mencuba bingka roti yg dh lama nak cuba. Masa nak prepare tak lama cepat sahaje.
Gambar ni terlebih cahaya...rupa nya nampak tak menarik..tp sedap bau pandan nya. Terima
Kasih ummi Kuantan yg telah mencubanya terlebih dahulu dan memaklumkan pada rakan2 yg lain akan kelazatan bingka ini....Kepada sesiapa yg berhajat sila click di
SINI....Untuk mendapatkan recipenya.Elok juga bingka ini di buat dan di sedekah kan pada rakan2 sempena bulan ZULHIJAH yg bakat tiba esok Insya ALLAH. Amalan bersedekah yg sgt di tuntut oleh agama kita yg suci mulia akan dilipat ganda Oleh ALLAH pahalanya.
Hari Esok dh masuk 1 Zulhijah 1432 ....Peringatan
n utk diri sendiri dan pesanan buat anak2 tersayang walaupun pada ketika ini kalian tidak mergerti apa.....Amanat ini drp Guru mulia yg telah ummi pelajari drp guru ke gurunya. Ini juga bukan hanya sekadar kata2 drp diri beliau. Mari kita hayatinya... Kerna Aidil Adha sentiasa disambut penuh sepi oleh kita berbanding Aidil fitri....Mari kita menukar pemikiran kita melihat, merayakan,menghayati akan kemuliaan aidil adha.
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan.
Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud,
“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Biarpun pada ketika ini diri ini tidak berada di arafah...tp hati dirasakan berada di sana..Semoga ALLAH maha mengetahui dan maha mendengar...rintihan2 hambaNYA yg tidak ada daya melainkan dengan pertolonganNYA.
Posted by
lina
at
10:26 AM