This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Terima Kasih atas doa kawan2 semua

Terima kasih pada semua kawan2 blog dan kawan yg dekat mahupun yg jauh yg telah mendoakan kejayaan alia dlm exam nya yg lalu. Alhamdulilah alia telah pun mendapat sebahagian markah exam nya....Syukur ALhamdulilah range markah alia setakat ini antara 97 dan 100 % setiap mata pelajaran yg telah diambilnya. Markah ini hanyalah pemulaan kejayaan pada masa akan datang....terlalu awal utk dipekatakan kerana alia baru saje memulakan perjalanan kehidupannya sebagai seorang bergelar pelajar....perjalanannya masih jauh.....Doa ummi dan keluarga alia terus maju jaya di dunia dan di akhirat......lama saya tidak update apa cerita terkini perjalanan kehidupan kami sekeluarga lalui sepanjang bulan rejap yg mulia ini. kebetulan hari ini saya terbaca drp blog AL raufi yg telah di kongsikan oleh insan mulia yg dikasihi ALLAH iaitu mastura link nya...yg mana saya menganggap beliau ada GURU online saya secara tak langsung. saya sangat tertarik dengan tajuk N3 beliau iaitu Kewajipan Mempelajari dan Mengajar Ilmu Tauhid (Ahli Sunnah wal Jama'ah) mari la kita sama menghayati bait2 ayat yg di tulis oleh Al Raufi. Semoga perkongisan ini mendpt manfaat pada kita semua. Insya ALLAH. Kata Ibnu Al-Qayyim: "Dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu ma'rifatullah dan tauhid akan Allah. Dan bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila berakal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya. Dan diajarkan pula bahawasanya Nabi Muhammad itu diperanakkan di Makkah dan dibangkitkan dia jadi Rasul pun di dalam negeri Makkah, kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua. Dan namanya Muhammad anak 'Abdullah anak 'Abdul Muththolib anak Hasyim." (Kitab 'Aqidatun Najin: ms 13) Berkata Syeikh Wan 'Ali Kutan di dalamnya kitab Zahratul Murid: "[Faedah] wajib atas wali mengajar akan kanak-kanaknya barang yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah dan bagi RasulNya, dan segala Qawa’idul Islam (قواعد الاسلام). Demikian lagi wajib atas suami mengajar akan isterinya dan makhdum (مخدوم) mengajar akan khadamnya dan penghulu mengajar akan hambanya akan demikian itu." Berkata Al-'Allamah Muhammad Mukhtar ibn 'Atorid di dalam kitabnya Usuluddin I'tiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah: "Ketahuilah, bahawa wajib ke atas setiap orang yang aqil (عقل - berakal) dan baligh mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Allah I, sifat-sifat yang mustahil bagi Allah I dan sifat yang harus bagiNya. Begitu juga wajib ke atasnya mengetahui sifat-sifat yang wajib bagi Rasul, sifat-sifat yang mustahil bagi Rasul dan sifat yang harus bagi mereka." Berkata Syeikh Ahmad Al-Fatoni di dalam kitabnya Faridatul Faraid fi 'Ilmil 'Aqaid: "[Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita, dan barang yang mustahil atasNya, dan barang yang harus bagiNya. [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul عليهم الصلاة والسلام, dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu." Berkata Syeikh Isma'il Ibn 'Abdul Qadir Al-Fatoni di dalam kitabnya Syarah Bakuratul Amani: "(Dan) wajib atas yang pandai daripada kita oleh bahawa (mengajarkan orang-orang) yang (di dalam perintah kita) seperti anak-anak kita dan isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya dan khadam-khadam kita demikian lagi orang yang menuntuti belajar daripada kita (dengan) jalan (tafshil) hurai satu-satu pada sekalian (itu dua puluh perkara daripada) perkara-perkara (yang wajib) bagi Allah Ta'ala pada 'aqal ( dan dua puluh) perkara (daripada) perkara-perkara (yang mustahil) padaNya (dan satu) bangsa (yang harus) padaNya ........." Berkata Syeikh Zainal 'Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal) di dalam kitabnya Miftahul Murid Fi 'Ilmit Tauhid: "[Dan wajib] atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab syara’ mengenal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya. [Dan] demikian lagi wajib atasnya mengenal seumpama yang demikian itu pada haq Rasul عليهم الصلاة والسلام." Berkata Tuan Haji Ahmad Bin 'Abdur Rauf Melaka di dalam nazamnya: "Allah Allah 'Azza wa Jalla Tuhan kami * Kami minta ampun akan dosa kami Dengan Allah kami mula nazam ini * Sebab dengan Dia jadi kitab ini Hai saudara kami khabar akan kamu * Mengenal Allah Fardhu 'Ain atas kamu Sabda Nabi awaluddin ia ma'rifah * Bukan Solat bukan Shiyam bukan Zakat Dan yang wajib bagi Allah dua puluh * Jangan kurang jalan lalai bebersungguh .................." Berkata Syeikh 'Abdul 'Aziz Ibn Isma'il Al-Fatoni di dalam kitabnya Al-Mishbah Al-Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir: "Bermula permulaan dan umbi atau asas bagi segala perkara yang dituntut atas tiap-tiap mukallaf sebagai tuntutan yang putus yang dinamakan dia dengan fardhu 'ain, ialah mengenal ia akan Allah Ta'ala dan RasulNya dan dikehendaki dengan mengenal itu mengetahui serta mengaku putus di dalam hati tiap-tiap mukallaf dengan tentu sungguh segala perkara yang wajib bagi Allah Ta'ala dan tentu tidak segala perkara yang mustahil atas Allah Ta'ala dan segala yang harus. ............" Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali Ibn Haji ‘Abdullah di dalam kitabnya Panduan Sifat Dua Puluh: " ........... kerana mengenal Allah I itu wajib ‘aini atas tiap-tiap mukallaf yang ‘aqil baligh lelaki dan perempuan dan wajib atas ibu bapa atau penjaga atau suami mengajar akan anaknya atau orang yang dibawah jagaannya atau isterinya yang tidak pandai mereka akan sifat dua puluh, kerana mereka yang tidak pandai sifat dua puluh mereka itu tidak mengenal Tuhan, maka ditakuti mati atas agama kafir. Jika mereka pandai sifat dua puluh tetapi tidak tahu mengeluarkan dalil, maka mereka itu telah dipertikaikan oleh dua pendapat ulama’, kata sebahagian ulama’ mereka itu tidak sah lagi imannya, jika ia mati maka mati ia atas agama kafir dan sebahagin ulama’ mengatakan mereka itu sudah sah imannya tetapi jika ia tidak belajar betul-betul sampai ia boleh mengeluarkan dalil maka berdosa ia. ........." Berkata Asy-Syeikh Muhammad Solih ibn ‘Abdullah Mengkabaui di dalam kitabnya Kasyaful Asrar: Soalan: Dan mana ilmu fardhu ‘ain menuntut dia beri kami jawabnya? Jawab: Bermula ilmu yang fardhu ‘ain menuntut dia itu, iaitu tiga ilmu: Pertama: Ilmu Usuluddin dan Kedua: Ilmu Fiqah dan Yang ketiga: Ilmu Tasowuf. Soal: Dan mana had ilmu Usuluddin yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Fiqah yang fardhu menuntut dia, dan mana had ilmu Tasowuf yang fardhu ia menuntut dia? Jawab: Adapun had ilmu Usuluddin itu yang fardhu menuntut dia itu, iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada Tuhan kita U, dan seperti demikian inilah kepada segala Rasul dengan sekira-kira yang mengesahkan akan imannya. [Dan] adapun had ilmu Fiqah yang fardhu ‘ain menuntut dia, iaitu dengan sekira-kira yang mengesahkan akan amalnya, seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkan dia. [Dan] adapun had ilmu Tasowuf fardhu ‘ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya, seperti riya’, sum’ah, ‘ujub, takabbur dan sebagainya yang dicela oleh syara’. Soal: Dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu? Jawab: Sabda Nabi j: “Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun”. Dan lagi haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ‘ain; misalnya seperti seorang berhutang qadha’ sembahyang (fardhu) luputnya dengan tiada uzur, haramlah berbuat (sembahyang) sunat sebelum habis qadha’ sembahyang (fardhu) yang luput dengan tiada uzur. Dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu fasiq hukumnya, kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ‘ain, tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiqnya. Berkata Syeikh Jalaluddin bin Kamaluddin Acheh di dalam Kitabnya Hidayatul ‘Awam: "[Bermula] ketahui olehmu, hai tolib! Bahawasanya apabila ‘aqil baligh seorang anak adam, nescaya dituntut daripadanya oleh syara’ mengenal rukun lima belas yang mengandung ma’rifah Allah I, iaitu lima perkara daripada rukun Islam dan enam perkara daripada rukun Iman dan empat perkara daripada rukun syahadah (شهادة). ............." Dan kata Sayyid 'Abdul Qadir Al-Idrus di dalam kitabnya yang bernama Ad-Durrus Tsamin: "Ketahui olehmu bahawasanya segala ilmu yang fardhu 'ain yang dituntut akan dia itu tiga perkara: (1) Ilmu Tauhid dan dinamakan akan dia ilmu Usuluddin. (2) Ilmu Syarak dan dinamakan akan dia ilmu Fiqh. (3) Ilmu Batin dan dinamakan akan dia ilmu Tasawwuf. ........" (Hidayatus Salikin Fi Suluki Muttaqin) Berkata Sayyid Murtadha Al-Zabidi t pengarang kitab Ittihaf Al-Saadah Al- Muttaqin (Jld 2 H: 8), syarahan bagi kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali t: إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ فَالْمُرَادُ بِهِ اْلأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ. “Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah fahaman atau fatwa yang diajar oleh Imam Al-Asy’ari dan Al-Maturidiyah.” Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar: الاثنين 04 ابريل 2011 مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج مفكرة الاسلام:‎ أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد. [Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid] وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام. [Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun] وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى “مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفة “الأهرام”: “هذا العمل يخالف صحيح الإسلام وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“. …Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya 6 comments

Nuffnang