This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Yogurt Moist Butter Cake

Ni adunana yg lebih jd lina letak kat dlm paper cup.....comel pulak.... Terima kasih Mat....nak tengok lebih detail boleh la ke blog MAT click kat sini yerk...
Ni la hasil cake dengan dua biji telur, saje letak kan chocolate dan almond tu....semlm hari lahir bulanan lil darwisy 1 tahun 11 bulan....tp saje....kakak suh buat cake nak ajak kawan dia dtg....ok la ikut kan jer....sbb tak ada aktiviti apa pun....kakak yg lebih adik duduk kat tepi jer.....:) tengok la kakak, ummi abah tak kisah pun.....jangan ingat ummi abah tak sayang.....semua alia yg lebih....adik kecil lagi dia tak tahu....dia sengih jer apa org cakap kat dia....kesian anak ummi seorg ni.....
source : MAT GEBU
BAHAN - BAHANNYA :-)
125 gram mentega, pada suhu bilik
2 biji telur gred B
1 1/4 cawan tepung kek (atau 185 gram, guna tepung gandum pun ok)* (lina guna tepung cake)
1/2 camca teh baking powder*(*gaul rata dan diayak)
150 ml plain yogurt ( orange juice)
100 gram gula halus (ni lina kurangkan manis nyer 75 grm jer)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh parutan kulit oren (optional) (Tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-) 1. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim dan gula hancur, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masuk esen vanilla dan parutan kulit oren (jika guna). Putar rata. 2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali masukkan yogurt, gaul hingga rata dan tuang dalam tin berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas (mat guna bundt-pan jenis silicone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak. 3. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...
8 comments

Nuffnang