This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Salam maghrib....



Subahanallah......indah.....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Mari dapatkan buku utk mengenal Syiah Imamiah....sgt penting utk dimiliki oleh kita sebagai ibubapa....

 
Kitab ini diterbitkan sempena Program Ancaman Syiah Imamiah semalam (09/11/2013) di Masjid Negeri, anjuran MAINS, SEG dan Kolej Islam As-Sofa. Kagumku pada Syeikh, walau beliau sibuk menguruskan badan pentarbiahan yang banyak di bawahnya. Dengan DaQwah, STIAS, Kolej, Kuliah, MAINS dan macam-macam lagi. Namun, beliau tetap punya masa untuk membaca, melakukan penyelidikan dan mengeluarkan Kitab-Kitab Ahli Sunnah untuk membenteng Aqidah ummat. Untuk mengradd hujjah-hujjah ahli bidaah khususnya Syiah yang kian menular di Malaysia kini.

Mereka menghina Nabi, Ahli Bait, Sohabat dan macam-macam lagi kebathilan. Maka di mana BUKTINYA?

Nah, hasil daripada pembacaan MANUSKRIP dan pengkajian daripada ratusan kitab Syiah sendiri yang telah diselidik dan dikaji oleh Syeikh, maka hasillah "Kitab Doktrin Syiah Imamiah" ini.

Di dalamnya terdapat banyak sangat hujjah-hujjah, pandangan syiah dan bukti kebathilan syiah daripada Kitab Syiah sendiri.

Maka sangat wajar untuk kita miliki Kitab ini, khususnya buat Siswa Siswi, Pemikir Islam, Asatizah dan Ulama' kerana kitab ini menghimpunkan nas-nas daripada "poket" Syiah sendiri.

Untuk memilikinya, sila hubungi 013-2726387. Sebarkan demi Rasulullah, Ahli bait, Sohabat dan Ahli Sunnah!
 
0 comments

Selamat Tahun Baru 1435 = 05/11/2013


0 comments

Kebanggaan ku asy syifa bi tarifi huquqil 1 muharram 1435


Alhamdulillah....dpt bersama2 mengkhatamkan kitab mengisahkan baginda rasulullah s.a.w secara teperinci....semoga kitab ini bakal di warisi serta menjadi rujukan buat anak2 ummi dan abah bila dewasa kelak....harta yg tidak ternilai harganya....

Ummi dan abah mewasiatkan kalian berdua sentiasa merujuk dan mengikutinya di sepanjang kehidupan kalian....insya Allah kalian terpelihara bersama2 kitab ini....selain keutamaan Al quran, kitab sahih bukhari.....berpegang teguh padanya insya Allah kalian tidak tersesat walau dimana kalian berada.


Sent from my Samsung Galaxy Tab
0 comments

Masih tertanya2 ????...






Alhamdulillah kupanjangkan rasa syukur kerna ada pihak benar2 tulus dalam issue ini semoga kita semua sentiasa dlm peliharaaNYA serta penjagaanNYA yg ESA...

Tahniah dan syaabas kepada kumpulan penyelidikan yayasan As Sofa kerna mengambil langkah menyedarkan rakyat yang terlepas pandang akan issue yg dianggap remeh serta tidak penting, 

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini.
Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu.
Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam.
Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama Allah.
Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Maryam: 65)
Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran:
lDi dalam kitab Tafsir Hadaiq al Rauh wa al Raihan H: 187 ayat ini ditafsirkan dengan maksud: Adakah kamu mengetahui, wahai Muhammad! Bagi Tuhan Yang Maha Suci ada perkongsian pada namaNya (pada menamakan-Nya dengan lafaz al Jalalah atau dengan Tuhan tujuh petala langit dan bumi. Ayat istifham (soalan) ini didatangkan dengan tujuan ingkar, iaitu maknanya: Sesungguhnya Allah itu tidak ada baginya misal atau bandingan sehingga Dia boleh disekutukan dalam ibadah dan dari sini akan melazimkan nama ini tidak khusus bagi Allah. Apabila ternafinya sekutu bagi Allah, maka layaklah Allah itu di-Esakan dalam ibadah dan dikhususkan baginya.
lPendapat kedua mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan Allah selain Allah. Atau, nama yang lain dari nama yang Allah sendiri namakan bagi diri-Nya.
lPendapat ketiga mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang layak dengan kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
lPendapat keempat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui nama yang lebih agung daripada nama yang unggul ini. Atau, nama-Nya diterbitkan dari sesuatu seperti nama-nama makhluk-Nya.
Sesungguhnya Allah itu tiada satu pun yang menyerupai-Nya. Ia adalah nama yang hanya menunjukkan kepada Zat Tuhan yang tertegak pada-Nya sifat-sifat.
Sama seperti isim alam yang lain yang menunjukkan kepada apa yang dinamakan tanpa diambil daripada mana-mana nama. Ia adalah nama yang diungguli oleh Allah, yang dikhususkan bagi diri-Nya dan disifatkan bagi Zat-Nya.
Ia didahulukan dari nama-nama-Nya yang lain dan nama-nama-Nya yang lain bersandar kepada nama ini dan semua nama yang datang selepasnya adalah sifat bagi-Nya dan bersangkutan dengannya.
Nama-nama Allah
Nama-nama Allah SWT yang lain disifatkan sebagai nama-nama Allah SWT yang lain dan kebiasaannya hanya dikenali dengan disandarkan kepadanya (Allah).
Oleh itu disebut, ia adalah nama-nama Allah dan tidak disebut ia adalah nama-nama al Sabur, al Ghafur, al Jabbar dan sebagainya.
Demikian juga keIslaman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan menyebut nama yang satu ini. Ia tidak menerima sebarang gantian dan tidak disebut nama gantiannya yang lain.
Misalnya dengan mengucapkan dalam syahadah dengan kalimah, "Tiada Tuhan melainkan al Ghaffar, atau al Rahim atau al Jabbar dan sebagainya.
Hanya yang digunakan dan disebut adalah, "Tiada Tuhan melainkan Allah". Inilah juga yang disebut oleh al-Quran dan hadis kerana ia adalah nama yang paling menunjukkan kepada hakikat makna Ilahiyyah dan dikhususkan baginya.
Ia juga adalah nama yang tidak memerlukan kepada nama-nama yang lain untuk diperkenalkan tetapi nama-nama yang lain itu dikenali dengan disandarkan kepadanya.
Perkataan Allah itu sudah mencukupi bagi pertuturan dan zikir (sebutan) tanpa perlu disifatkan dan di takhalluq (disifatkan manusia dengan sifat-Nya).
Allah telah menegaskan di dalam Kitabnya yang mulia: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A'raaf: 180)
Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa pendapat ulama tentang maksud mulhid:
Berkata Mujahid: Mulhid ialah orang yang menamakan Allah sebagai bapa dan berhala-berhala mereka sebagai tuhan-tuhan dan seumpamanya.
Berkata Ibnu Abbas makna (Yulhidun) ialah mendustai.
Berkata Qatadah: Maknanya mensyirikkan Allah.
Berkata al Khattabi: Salah dalam menamakan Allah dan menyimpang dari nama-Nya yang sebenar adalah Mulhid. (Al Bahr al Muhit fi al Tafsir jld 5 H: 232)
Maksud ayat ini, Allah Yang Maha Suci, bukan yang lain-Nya, mempunyai nama-nama yang sebaik-baiknya dan seagung-agungnya bagi menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia nama-Nya.
Merujuk kepada ayat-ayat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama Allah, apatah lagi kalimah Allah itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi Allah SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan.
Pelbagai hujah lain yang mendokong larangan penggunaan kalimah Allah ini datangnya dari pelbagai sudut termasuk bahasa, falsafah dan seumpamanya.
Oleh kerana kesuntukan ruang, kami mengesyorkan dua tulisan yang memuatkan hujah-hujah ini secara lebih panjang.
Ia boleh didapati dengan mudah di Internet iaitu makalah bertajuk 'Antara Nama dan Hakikat' oleh Md. Asham Ahmad serta makalah 'Hujah Menolak Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian' oleh Mohd. Aizam Mas'od.
'Bermain'
'Bermain' hujah dan dalil berkaitan isu ini sebenarnya bukanlah urusan orang awam dan mereka yang bukan berkeahlian.
Oleh itu kita harus bersyukur kerana sebenarnya sudah ada suatu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu ini yang bertarikh 7 Mei 2008.
Keputusan fatwa ini jelas mengkhususkan penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam. Kami dimaklumkan bahawa hanya empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri.
Perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa keputusan Kabinet mengenai larangan yang sama.
Dari segi undang-undang perlembagaan dan sivil pula, Perkara 11(4) telah membolehkan negeri-negeri di Malaysia meluluskan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama di kalangan orang Islam.
Undang-undang yang telah diluluskan di 10 negeri ini jelas melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain oleh agama selain Islam.
Kita tidak menafikan bahawa mungkin masih ada perbezaan pandangan di kalangan segelintir para ulama dan ilmuwan Islam tentang hal ini.
Namun bukankah hujah-hujah yang melarangnya seperti yang sebahagiannya kami nukilkan di sini menuntut kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam isu ini?
Apatah lagi jika diinsafi bahawa kita sekarang bukannya membicarakan isu-isu cabangan dalam agama yang lebih rendah kedudukannya.
Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil.
Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah, Tuhan sekelian alam.
Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa, Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya. (riwayat Imam Bukhari dan selainnya serta termasuk dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi)
Lalu kita ingin tanyakan, bukankah dalam isu ini yang melibatkan hak dan adab dengan Allah SWT kita lebih-lebih wajar menjauhi batas-batas syubhat kalaupun ada di kalangan kita tidak meyakini pengharamannya secara pasti?
Berasaskan semangat ini dan berbekalkan fatwa, undang-undang dan keputusan yang sedia ada marilah kita sekalian umat Islam di Malaysia mempersatukan saf dalam mengambil pendirian dalam hal ini.
Maslahah ummah amat jelas memerlukan sikap ini sedangkan maslahah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama yang lain dalam konteks Malaysia sangatlah kabur dan rapuh.
Umat Islam yang cintakan kesepaduan dan kekuatan ummah seharusnya mengenepikan perbezaan pandangan yang terlalu akademik dalam isu ini dan mengutamakan perkiraan maslahah ini.
Semoga Allah SWT membuka jalan penyelesaian dan keselamatan bagi kita semua dalam menghadapi persoalan ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Credit kepada utusan Malaysia....
0 comments

Majlis Haul Sayyidah Khadijah al Kubro 11 Ramadhan 1434 bersama 21.07.201

Selain AL Quran....kita wajib berterima Kasih kepada Sayyidah Khadijah Al kubro...Kenapa dan mengapa....tidakkah kita merasa angkuh dgn pertanyaan kita itu....jawapan nya ada di hati kita :)   ketahui la " Sesungguhnya, dengan modal drp Sayyidah Khadijah lah kita umat ISLAM hari ini dapat merasai nikmatnya beribadat ,  Islam yg tersebar luar kepada kita sehingga ke hari ini...mari kita fikir2 dan renungkan....mari kita sama2 mengajar diri kita serta anak2 kita supaya beradap serta menghormati  Sayyidah Khadijah Al kubro....   
1 comments

Munawalah makin dilupakan...

Terima kasih kepada Penulis berita harian Puan  Norliza Abdullah.....utk membaca dgn lebih lanjut boleh ke SINI 
Terima kasih berita Harian....
0 comments

Baju Merah ye kawan2


Assalamulaikum Semua kawan dan selamat pagi....just nak share...hmmm kenapa tiba2 tajuk baju merah ye hari ini....kepada kawan2 yg tinggal berhampiran dengan Kenny Roger...boleh la pi lunch hari ini buy One free ONE....promation....Seronok kan...tak perlu bayar lebih...Hanya hari ini sahaje....sorry ekkk kawan2 lupa semlm nak buat n3 pasal ni...sesiapa yg dh pakai merah, tudung, baju apa ada kaitan dgn MERAH....dpt FREE.... tu je  boleh ajak kawan2 makan kat sini ye...tp nak belanja kawan pun ok juga tak pakai baju merah tp kena bayar cam biasa...:) enjoy ur lunch!
1 comments

Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang



Wajah bersih Siti Fatimah masih spt ketika mengambil keputusan SPM 2006...sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran....SubanALLAH.....Maha Suci ALLAH ...Bakal Doktor islam sebegini kita cari di akhir2 zaman ini....mari la kita mengubahnya menjadi kan Al  QURAN serta Sunnah Nabi s.a.w satu
Keutamaan dalam kehidupan kita seharian...Mutiara kata yg lina ambil drp Al musnid Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki ada menyatakan


" Barangsiapa yg tidak mengajar anak2  kearah mencintai serta memuliakan Rasulullah s.a.w...IbuBapa tersebut adalah ibubapa yg tidak bertanggungjawap....." Mahu kah kita dipersoal kan di akhirat kelak jika kita tidak memperkenalkan anak2 kita kepada empunya syariat iaitu Rasulullah s.a.w"  Sesuatu yg wajib kita fikir2 kan...


“."Sabda Rasullulah aku tinggalkan dua perkara yang apabila engkau amalkan maka tidak akan sesat buat selamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku"


....Insya ALLAH...Allah pelihara...kita tidak di celakan OlehNYA. Credit to blog Mengaji Pasti Boleh ....click pada link tersebut utk mengetahuinya secara detail.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat Jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.  kepada kawan2 blogger boleh ke link DISINI....utk membaca sesuatu yg memberi manfaat pada kita semua...terutama ibu2 muda di luar sana....cabaran hari ini sgt berbeza.....

Mari kita mencari solusi kearah mendidik anak2 comel kita Mencintai/Menyayangi Rasulullah s.a.w serta taat pada sang pencipta yg ESA. Mari kita panjangkan doa semoga anakanda SITI FATIMAH Mukhar senantiasa istiqomah dlm apa yg beliau telah lakukan...Lina tinggalkan cerita ini semoga ianya memberi manfaat pd kita, semoga Siti Fatimah  senantiasa dlm penjagaan serta peliharaan ALLAH s.w.t.


 

10 comments

Nuffnang