Kali ni baru rasa puas hati marie layer cheesecake....kakak ada potluck kt taski....hari ni semua bawa bekal yg sama ke destinasi masing2 termasuk lil ahmad.....ada yg tak letak mangga dh abis stock.... :) rasa lebih kurang tiramisu.....gambar tergesa2 nk ke destinasi masing2....
mai check recipe nya
sumber hasil carian google
Rahsia Hati
BAHAN-BAHAN:
1. 250g cream cheese - suhu bilik yer, kalau tak jadi ketul2 nanti (i pakai jenis tatura, nk pakai yg philadelphia pon boleh) Lina guna 500g.
2. 250ml whipping cream (i pakai brand anchor)
3. 2/3 cawan gula ising (pakai gula biasa pon boleh)
4. 1/2 cawan susu full cream.(lina tambah satu cup lg)
5. 1 sudu besar gelatin (i biasa pakai brand halagel atau nona) Lina letak sikit je...
6. lebih kurang 40 keping biskut marie (perisa original )
7. sedikit parutan cheddar cheese utk topping (letak oat dan mangga)
8. sedikit parutan white choc utk topping ( Tak letak...
CARA-CARA:
1. pukul whipping cream sampai kembang/pekat (tips: jgn terlalu lama/laju sbb nanti boleh jadi air/cair balik)
2. sambil pukul whip cream sambil masukkan gula sikit2..dah siap alihkan ke tepi
3. dlm bekas lain, pukul cream cheese dgn susu full cream sampai lembut.
4. satukan cream cheese, whip cream & gelatin. gaul rata guna
senduk/spatula. gelatin tu cairkan dgn 2 sudu besar air suam sampai
warna dia agak jernih/tunggu dalam 2-3min baru masukkan.
5. susun biskut marie dalam loyang...kalau nak dapatkan layer yg cantik,
bahagian kosong tepi2 biskut marie tu penuhkan dgn serpihan biskut
marie lain.
6. tuangkan adunan atas biskut marie tadi...buat layer by layer
7. permukaan atas sekali, hiaskan dgn cheddar cheese & white choc
8. simpan dlm chiller lebih kurang 2 jam/ sehingga keras
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Posted by
lina
at
4:44 PM