Assalamualaikum Selamat membaca semua
(Aku agak kasar dalam berbicara pada diri sendiri, siapa yang baca dan terasa, sila pujuk diri masing masing kerana ini adalah nota ugama yang aku tulis kepada diri sendiri-harap maklum)
Bila aku bagi pendapat pada diri aku sendiri, dan korang tidak setuju, lantas terus komen atau email, satu nasihat sahaja aku nak bagitahu sebelum korang habiskan masa menunggu jawapan balas dari aku.Jangan guna Fatwa Kaum Beruk ketika berhujah dengan aku! Jangan jadi bodong bangang!Korang tahu apa itu Fatwa Kaum Beruk?Mari sini aku cerita..,Pada zaman dahulu, ada satu kaum yang dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, hari lain semua boleh tangkap ikan kecuali hari sabtu, dan sebagai ujian ke atas diri mereka, Allah sengaja buat ikan ikan tu bergorombolan pada hari sabtu dengan mulut terngaga ngaga dipermukaan air, kaki pancing tengok memang geram, namun pada hari-hari yang lain, iaitu hari yang boleh tangkap ikan, takde pulak ikan tu melompat ke sana sini, memang geram, tapi untuk menjadi orang yang alim dan soleh pada zaman itu, maka kenalah sabar pada setiap hari sabtu melihat ikan bersesak sesak di tepi pantai tapi tak boleh nak tangkap kerana Allah dah larang.
Maka puak puak ni, buat satu helah, iaitu pasang bubu pada hari sabtu, dan angkat bubu pada hari ahad.., lalu puak soleh dan bertakwa menasihati mereka, salah perbuatan kamu, mana boleh tangkap ikan hari sabtu? Tapi mereka yang degil pun bagi fatwa."Kami mana ada tangkap ikan hari sabtu, kami tahan bubu sahaja, ikan tu sendiri yang masuk, kami angkat bubu pada hari ahad.., hari ahad mana haram tangkap ikan."Dipendekkan cerita, oleh kerana mereka beramal dengan fatwa baru iaitu boleh tahan bubu hari sabtu, maka mereka mereka yang tangkap ikan pada hari ahad(sebenarnya hari sabtu) telah disumpah oleh Allah menjadi beruk!Habis cerita, untuk lebih cerita lebih lanjut, baca Tafsir Ibn Katsir Surah Al-A’raf ayat 165-166.Jadi sekarang ini, di zaman moden, ramai orang yang jahil ugama telah keluarkan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa dosa mereka, memang hampeh dan bangang!Sebagai contoh, peniaga yang bukak kedai seharian, tapi kurang pelanggan datang, bila tiba waktu magrib, Allah uji korang dengan kehadiran pelanggan yang berbondong-bondong, korangpun dengan sengaja melengah-lengkan solat atau tinggal solat, lalu bila aku tegur, korang cakap, kerjapun ibadat bang, saya sedang berjihad dengan ekonomi?Jihad kepala beruk jika tak solat! Tulah tu, pandai sangat bagi fatwa kaum beruk, konon pandai ugama, tapi jika korang mati dalam keadaan sengaja tidak solat, masuk nerakalah jawabnya!Contoh lain, orang perempun yang tak pakai tudung, bila tanya kenapa tak pakai tudung, terus bagi fatwa kaum beruk betina..“Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dgn warden..”Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!Kes lain, lelaki yang tak solat jemaah, jugak sama, terus bagi fatwa kaum beruk untuk benarkan mereka solat lengah lengah dirumah,“apalah ahli surau tu, pergi masjid hari hari tapi bini tak pakai tudung”..,Tengok! Aduhai, jika kau tak mampu pergi masjid, duduk diam diam sudah, berdoalah kepada Allah agar beri kau kekuatan untuk datang solat jemaah, jangan perasan bagus guna Fatwa Kaum Beruk untuk benarkan 'amalan bidaah' korang.., jangan jadi beruk!Aku jugak pernah ada orang tabligh ajak berjihad 4 bulan berdakwah di sabah kerana di sana sudah banyak orang islam yang dimurtadkan oleh pendakwah keristian yang berdakwah di sana selama dua tahun, aku mengaku aku lemah dan tak mampu ikut mereka, aku beristigfar pada Allah dan berdoa semoga Allah pilih aku atau keturunan aku untuk ikut bersama mereka kelak.., aku diam diam sahaja, tapi ada kawan aku ni, bila tak nak ikut mereka, terus bagi fatwa kaum beruk,“bang, saya tak mainlah berdakwah 40 hari dan 4 bulan ni, saya berdakwah hari hari, jangan ajak saya berdakwah selama 4 bulan.., bidaah!”Wah wah pandainya bagi alasan ‘tak bersalah tangkap ikan hari ahad dengan letak bubu hari sabtu’.., nasib baik tak jadi beruk.., dulu Ayah pin, bila pendakwah ajak dia solat berjemaah 5 waktu, dia cakap:“bang, saya tak mainlah solat 5 waktu ni, saya solat setiap waktu, pakai niat jer cukup, sepanjang hari saya bersolat, apa barang solat pun ada waktu waktu..”Nampak tak siapa yang lebik beruk daripada beruk..Dan Fatwa Kaum Beruk ni bukan setakat orang bodoh macam ayah pin atau perempuan tak pakai tudung tu jer atau kawan aku yang berdakwah 24 jam sambil tengok video arrivals dan forward email, bukan mereka sahaja yang guna, orang yang kononnya pandai ugama, tapi bila masuk bab politik, selamba gunakan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa mereka..Contoh: __________(masukkan kesalahan parti X)lepas tu bila ditegur,Mereka akan berkata: ______________(masukkan jawapan jawapan pengikut parti X)Dan cuba korang bandingkan dosa mereka, dan jawapan mereka, dah tentu dosa mereka lebih kurang sama dengan kaum beruk yang tangkap ikan hari ahad, dan hujah mereka mempertahankan dosa mereka juga sama dengan hujah kaum beruk yang tangkap ikan hari sabtu.Kan?Tuhan mencarut maka kitapun boleh mencarut, tak boleh gantung gambar nabi tapi boleh gantung gambar tok guru, bergabung dengan orang kapir masuk neraka tapi parti kami bergabung dengan orang kapir masuk shurga, lagi lagi lagi.., bagi fatwa kaum beruk.., dari hari sabtu sampai hari ahad, tak habis habis ‘tangkap ikan hari ahad’.., beruk sungguh!Mamat konspirasi jugak, tolong jangan bagi fatwa kaum beruk untuk benarkan fitnah, sangka buruk, dan andaian andaian bodoh melalui logo dan gambar gambar.., tolonglah jangan menghina kebijaksanaan aku.Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak.Woha!
Ps: Jangan jadi Beruk, aku sayang korang. Peace! Credit to blog
keretamayat
sgt tertarik dengan cara penulisan nyer sbb sy kongsi kan disini.....
Posted by
lina
at
12:28 PM