Beli ni Cinnamon Roll ni kat one utama....sgt sedap....
lepas ni boleh cuba buat sendiri...tengok kat blog
maria...sesiapa nak nk cuba boleh cuba ni lina copy recipe drp blog nyer..... Ada yg dh cuba kata sgt sedap....Terima Kasih maria...bila free nnt lina akan cuba buat ekkkk...
mai check recipe nyer
Bahan:
4 cawan tepung
1 peket yis mauripan
500 ml susu 'fresh milk'
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula pasir
Cara :
1. Panaskan susu... masukkan minyak masak dan gula... gaul hingga sebati / larut dan mendidih...
2. Bila mendidih... tutup api... biarkan hingga suam (makan masa dekat 1 jam jugak) baru masukkan Yis... gaul rata-rata...biarkan 2 minit pulak.
3. Masukkan tepung... gaul rata-rata...biarkan satu jam utk yis dan tepung kembang (untuk makluman adunan tepung ni mmg lembik sikit)
4. Bila dah kembang cantik masukkan lagi 1 cawan tepung, 1 sudu teh garam, 1/2 sudu teh soda bikarbonat dan 1 sudu teh baking powder... semua bahan2 ni ayak bersama dulu... pastu baru masukkan... gaul rata semula.
5. sekarang doh dah sedia utk diuli... taburkan tepung di atas meja... baru canai doh (tepung digunakan agar doh tak melekat-lekat)... canai doh menjadi bentuk empat segi panjang...
6. sapukan mentega yg telah dicairkan atas permukaan doh... tabur gula... tabur serbuk kayu manis... ok bole gulung... pastu potong-potong... susun dalam loyang... sedia utk dibakar... ;p
7. Bakar pada suhu 200'c selama 20-30 minit.
8. bila dah suam sikit baru bole letak topping...
sebelum letak topping aising
bahan topping :1 cawan gula aising2 sudu besar fresh milk1/2 sudu esen vanila1 sudu besar butter
cara :blend semua bahan aising bersama hingga likat... then tuang la atas roti.
Posted by
lina
at
8:55 AM