Kuih gulung = ketayap
Labels: KuihKuih yg tidak pernah ketinggalan zaman.....sentiasa di sukai ramai...
Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments
Kuih gulung/ kuih ketayap
Labels: Kuih![]() |
| dh sampai office sarapan |
![]() |
| jumlah yg dapat hasil drp 2 cup tepung... |
Alhamdulillah....kuih ketayap di tahun 2014.....lama betul tak makan kuih ni inti kelapa muda lembut.....je
Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments Posted by lina at 4:58 PM
Apam beras
Labels: Kuih![]() |
| Sgt lembut.... |
![]() |
| 1/2 adunan menghasil lebih kurang 30 biji apam comel |
![]() |
| Peneman Setia.....beberapa biji telah di makan.....lembut kan ahmad...walaupun masa dh menujukkan jam 12.30 am |
Alhamdulillah....apam beras....Recipe biasa lina ambil drp blog Yatie memories....yatie merupakan peminat kuih jenis kukus....mmg sgt berbaloi....Terima kasih teruskan usaha kongsikan menu kuih2 lama....
Sumber drp blog Yatie memories
Bahan-bahannya.
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 1/2cwn gula pasir
- 2 1/2 cwn air
- 2 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
- Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
- Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- Perap selama 3 jam.
- Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments Posted by lina at 4:47 PM
Jemput-Jemput Ikan
Labels: KuihAssalamualaikum.....sarapan apa pagi.....kalau masih tercari2 menu apa
Anak2 serta suami sgt suka dgn jemput2 ini....
Sent from my Samsung Galaxy Tab
Ubi kayu rebus bersama sambal tumis bilis
Labels: Kuih![]() |
| Ubi kayu rebus bersama sambal bilis...yummm... |
![]() |
| Alia first time makan ubi kayu rebus sgt teruja...byk alia makan dia kata sedap.... |
JEMPUT-JEMPUT IKAN
Labels: KuihJEMPUT-JEMPUT IKAN
Bahan A 5 ekor ikan kembung atau ikan selayang ½ inci halia Garam secukup rasa 1 keping asam gelugor 1 biji hirisan bawang besar
Bahan B 2 cawan tepung gandum
½ batang hirisan lobak merah 1 tangkai daun bawang 1 cawan air Garam secukup rasa Minyak untuk mengoreng.
Caranya :
1. Ikan direbus bersama halia yang dihiris, asam gelugor dan garam sehingga air mengeleggak. Tunggu sehingga ikan lembut dan masak. 2. Keluarkan isi ikan dari tulangnya dengan berhati-hati. Lecek isi ikan sehingga lumat dan masukkan hirisan bawang besar. Jika suka, tambahkan sedikit garam dan lada sulah. 3. Dalam mangkuk yang berlainan, bancuhkan bahan B sehingga adunan agak kental. 4. Ambil ½ sudu besar adunan tepung, masukkan pula sedikit ramuan isi ikan kedalamnya. Kemudian tutupkan isi ikan itu dengan ½ sudu adunan tepung. 5. Pastikan isi ikan berada di tengah-tengah adunan tepung. 6. Dengan menggunakan sudu atau tangan, masukkannya ke dalam minyak panas. Lakukan sehingga selesai. 7. Apabila jemput-jemput kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyak. 8. Jemput-jemput ikan sedap di makan panas-panas dan dicecah bersama sos cili manisLepat Ubi Kayu
Labels: KuihCekodok Udang
Labels: KuihPuteri Ayu
Labels: KuihKuih Putri Ayu Resipi dari Yatie Bahan-bahan: 4 biji telor 1 cawan gula halus 1 sudu kecil ovalette 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak) perisa pandan, atau perisa kegemaran Bahan Inti Kelapa: 2 cawan kelapa parut putih 1 sudu besar tepung ubi 1/2 sudu kecil garam Cara Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Inti Kelapa dan cara memasak: 1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati. 2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.
Kuih Kaswi
Labels: KuihBahan-bahan :
- 1 cawan gula pasir*
- 1 cawan gula merah*
- 1 1/2 cwn air*
- 3 helai daun pandan*(*di masak..)
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn tepung ubi
- 1/2 cwn tepung beras
- sedikit garam
- 3 sudu besar air kapur
- 3 cwn air
- Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
- Kelapa parut + garam
Cara-cara :
- Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
- Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
- Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
- Masukkan air kapur dan kacau sebati.
- Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
- Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
- Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
- Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
- Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
- Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
- Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
- Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.









