This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Ubi rebus cicah kelapa gula merah & laksa nyonya



Alhamulillah....musim hujan2 ni sedap makanan mcm ni....laksa nyonya dan ubi rebus cicah dgn kelapa gula merah.....sedap.....laksa nyonya....sudah semestinya....musim sejuk makanan berkuah makan panas2....pastu Zzzzz....ngeh...ngeh....selamat bercuti....


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Laksa nyonya lg...dan lg



Our yesterday menu....laksa nyonya...to those prawn lovers....ngeh..ngeh...


Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Laksa Thailand or Thai

Apa beza nya dgn laksa Nyonya....
Tak byk bezanya tiada ketumbar , Udang serta buah keras....rasanya juga berlainan walaupun nampak lebih kurang...pada lina jika ditukar kepada spaghetti  mee lagi sedap kuah akan meresep kat mee...Ini hanya pendapat lina terpulang pd selera masing2 utk menggunakan apa jua mee yg diminati  :) Kepada resepiworld blog TQVM.....sesiapa nak tengok versi nya sila la ke blog nya disini



Assalamualaikum...


Update pasal makanan lg....semlm lina memcuba recipe lebih kurang laksa nyonya....not bad laksa ni......mai layan gambarnya....

Sukatan utk makan malam mmg kena kurang jika mengikut recipe ini next time....

Alhamdulilah semua dh kenyang dgn rezekiNya....next any laksa......?

Tunggu.....

Sumber Recepi World blog

BAHAN – BAHAN  Utk Kuah;

500 Gm isi ikan tenggiri

200 gm bawang kecil kisar

75 gm bawang putih kisar

50 gm kunyit hidup – kisar

12 biji cili merah – kisar

7 biji cili padi = kisar

1/2 in lengkuas muda

4 keping daun limau purut

5 batang serai – diketuk

1/2 in belacan –bakar dan hancurkan

150 gm udang kering – kisar

1/2 liter air rebus ikan

75 gm air asam jawa

300 gm pati santan

garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN- BAHAN  Mee;

1kg mi kuning atau bihun yang telah direndam dalam airserbuk kunyit

300 gm timun – hiris halus

200 gm tauge – celur

50 gm lobak masin hancur

3 biji bawang besar

2 batang bunga kantan – hiris

5 biji limau kasturi

10 helai daun pudina

CARA MEMBUATNYA ;

1. Campurkan kesemua bahan-bahan rebusan didalam periuk dan didih dengan api perlahan

2. Masukkan pati santan dan bahan perasaapabilasudah mendidih

3. Celurkan mi kuning mengikut kesukaan,masukkan kedalam mangkuk

4. tuang kuah yang siap diatas mi atau bihun

5. Hiaskan dengan timuntaugeh,lobak masin hancur,bawang bersa,bunga kantan,daun pudina dan limau kasturi

You might like


Sent from my Samsung Galaxy Tab
2 comments

Recipe Laksa Nyonya

ni masa plate full of accesories
last plate


Mai check recipe ni....bangga sgt....cam jakun pun ada....Allah...
Sumber MAT GEBU
Insan yg telah mencuba Madiha
komen drp puan madiha buat saya tak tertahan2 nak memcuba...ternyata benar.....saya lagi hebat kuah setitik pun tak buang :)

BAHAN KUAH LAKSA :-)

50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi" Lina letak satu je
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan (Sumber drp Mat Gebu juga ada letak ikan maka nya saya letak ikan tp kurang kan kuib ikan bilis ( http://www.myresipi.com/top/detail/1245 )

BAHAN LAKSA :-)
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Laksa Penang

Iftar semlm makan laksa ni dengan alia dan darwisy....nak bercuti panjang ni kena abis kan saki baki dalam peti ais....Bila kawan2 semua start cuti....selamat hari raya maaf zahir batin ya.....kepada yg balik kampung tu drive keta baik ye....dan selamat bercuti kepada semua. Mood nak buat kerja pun dah bekurangan...... 4 comments

Nuffnang