This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label fish. Show all posts
Showing posts with label fish. Show all posts

Kari ikan salmon....



Alhamdulillah....nikmat mana y hendak di dustakan...

Nk share recipe kari ikan salmon....ala my friend kak marly.....


Ikan salmon/kepala ikan salmon pun sedap.. 500 grm 

2 biji bawang besar dimayang halus

2-3 sudu besar rempah kari (campur kan dgn dua jenis rempah kari)

1-2 batang serai

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

1sudu besar halba

Cili kering 1-2 sudu besar ikut kepedasan masing2

1 btg kayu manis, bunga lawang, rempah tumis y lain 4 sekawan 

Tomato cerry ikut suka nak letak byk mana

1 tangkai daun kari ( kali ini lina ikut kak marly nya recipe letak daun kesum dan bunga kantan)

2-3 keping asam keping @pun air asam jawa

Garam seckup rasa

Minyak, air dan santan ni agak la ye

Cara penyedian nya

1) bancuh serbuk kari bersama 1/2 cawan air

2) tumiskan bawang besar dan bawang putih, halia, serai, kunyit, rempah tumis, halba,  cili kering sampai naik bau.

3)masukan rempah serbuk kari y di bancuh tadi dan kacau sehingga terbit minyak.

4) tambah kan air dan santan mengikut kadar kepekatan y di kehendaki, biarkan mendidih.

5) masukan tomato, kacang bendi jika suka atau sayur2 an kesukaan serta garam secukup rasa kemudia  masukan ikan salmon. Masukan daun kesum dan bunga kantan....

6) perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.

7) siap di hidangkan...

Note: thank you kak marly recipe ini di sukai oleh husband...lain drp kari y lain kerana memggunakan daun kesum dan bunga kantan....sesiapa y berminat boleh cuba...tk rugi cuba
Mmg berbaloi dan sedap...


Sent from Samsung tablet
1 comments

Salmon grill with black pepper sauce



Alhamdulillah malam y santai2......tertangguh drp kesibukan.....lg salmon grill dan sauce lada hitam.....


Recipe lina cedok drp rumah kak nor asam garam tu....semua sedia maklum drp rumah ke rumah drp hanamemories......telah ramai y mencuba recipe y tergolong drp recipe y mudah, sihat dan cepat...paling utama...


Utk ikan salmon

Perap kan dgn sedikit garam, lada hitam dan minyak oilve oil...perap kan dlm 10 minute (tak perapkan pun tk apa)
Bakar lebih kurang 5-6 minute shj  (jika tidak nnt ikan akan jd sedikit keras)

Sauce black pepper

Bawang holland ni agak2 shj lebih kurang 1-1/2 biji ( di hiris halus dan di cincang

Bawang putih 3-5 ulas

Sos tomato 2 sudu*

Sos cili 1 sudu*

Sos tiram 2 sudu*

Kicap manis 1-2 sudu*

Air rebusan ayam ( kalau tk ada guna kuib ayam 1 ketul)

Fresh milk dlm recipe letak 2 sudu shj (lina letak 1/2 cawan lg sedap kuah nya)

Lada hitam 2-3 sudu mengikut kepedasan masing2

Sedikit butter utk menumis

1-2 sudu tepung jagung

Cara2

1) Cairkan butter lepas tu masukkan bawang holland dan bawang putih masak hingga layu.

2) masukan air lebih kurang 750 ml agak2 la ye,masukan kuib ayam @pun air rebusan ayam

3) dh mendidih masukan bahan y bertanda *.

4) masukan tepung jagung y di bancur terlebih dahulu dgn air.masuk kan lada hitam

5)tengok kepekatan y di kehendaki dh rasa mengikuti kepekatan y di kehendaki boleh tutup api....api perlahan je ye....rasa dulu sauce tu baru letak garam @pun gula. 

Nota: Lina tak letak garam atau pun gula sbb rasa nya dh cukup...tp bergantung pd tahap kemasinan seseorg berbeza2....

Sauce ini boleh di makan dgn ayam panggang, lamb, kentang putar KFC ternyata sgt di gemari oleh kami sekeluarga.....nk tahu kena la cuba....

Selamat mencuba.....

Sent from Samsung tablet
0 comments

Salmon grill....



Mencari kelainan makan salmon dgn ubi keledek orange dan purple....not bad....sayur kailan goreng...alhamdulillah.....memenuhi citrasa...


Sent from Samsung tablet 2 comments

Asam pedas kepala ikan salmon



Alhamdulillah.....Nikmat mana nak di dustakan......lepas ni nk cuba masak kari pula...


Sent from Samsung tablet 0 comments

Salmon grilled & Kentang Putar our favorite



Baru ada masa nk update.....kentang putar ala KFC makan dgn ikan salmon....sgt mudah cepat yg penting sedap ye....tak caya cuba buat kerana mmg tk susah.....




RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana

Bahan :
5 - 6 biji kentang (Guna kentang import Merah, Kuning tu sedap)
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara :
Kupas kulit kentang. 
Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. 
Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. 
Ketepikan.




RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan @myr


Bahan :
2-3 cawan air
1kuib stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar – cincang (ni agak2 la ye)
1 batang saderi – cincang ( Ni tak letak pun tak apa)
2 sudu mentega (lebih kurang)
2 sudu  tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat


Cara :
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.

Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.


Sent from Samsung tablet 0 comments

Ikan Sambal Percik

Tok sah citer banyak mai mula makan dah tak tertahan2 dah ni....mmg sedap tak rugi kalau cuba...ya kawan. Jemput makan...

1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar Bahan-bahan sambal percik 2 cm halia 10 ulas bawang merah (Letak 8 Biji jer sbb ikan ikut size ) 3 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 2 batang serai dimesin sampai lumat 3 helai daun limau purut 5 biji buah keras (Letak 4 Biji) 4 biji cili padi 7 biji cili merah (Tak letak ) 3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang dipar ut) jus dari sebiji limau nipis atau lebih garam dan gula secukup rasa minyak untuk menggoreng beberapa helai daun pisang 2 helai daun pandan sekeping kertas timah (aluminium foil) Cara-caranya 1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis 2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) d an dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak

Note: My first try go to this links Overall..the taste very good....i like... i'll do it again and again... Thank You Chetam and for more info do click here

1 comments

Nuffnang