This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Apam Pisang - Kukus

Assalamualaikum dan salam jumaat... Dh lama simpan recipe ni mlm semlm tertunai sudah nak makan apam pisang yg dibuat sendiri....apam ni ada kt blog mat gebu dan jintanmanis ...lina copy drp blog nya. Mmg lembut dan sedap...apam ni ala2 cake gitu....mmg tak rugi cuba kalau peminat apam.
Cara nak buat pun tak susah....cepat jer sambil buat adunan panas kan pengukus....utk sediakan dan kukus ambil masa dlm 15 - 20 minute....cepat kan....dah boleh makan suam2 dengan kopi o.
selamat mencuba...
Bahan-Bahannya ( resepi asal dari Diana)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - ros cuma letak 80ml minyak masak. (lina pun ikut cik ros )
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :-)
1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran , sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
3 comments

Nuffnang