This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Brown butter chocolate chunk cookies Biskut Coklat Chip Mentega Perang


Assalamualaikum semua...


Apa khabar lama tak updatd cookies kan...


Sini lina share lagi recipe nya...


Selamat mencuba mmg tak rugi buat cookies...


Minum dengan Hot Jasmine green tea perfect match without sugar 😉


Brown butter chocolate chunk cookies
Biskut Coklat Chip Mentega Perang
Resipi asal: completely delicious
Sumber: bisous a toi

Bahan-bahan:
1 cawan (226 grams) mentega tanpa garam 
1/2 cawan (100 grams) gula *saya guna 90g gula perang gelap
1 cawan (215 grams) gula perang *saya guna 200g gula perang biasa ( lina tak letak manis sgt cookies nya)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/2 cawan (300 grams) tepung gandum( lina guna tepung naik sendiri  = tepung kek)
1 sudu kecil baking soda ( jika guna tepung kek tak perlu letak)
1/2 sudu kecil garam
2 cawan (450 grams) coklat chips *saya guna 1 1/2 cawan coklat chips dan 1/2 cawan kacang gajus yang disangai dan dipotong kasar
Garam kasar untuk ditabur (tak letak pun xpe)

Cara-cara:
Dengan api perlahan, cairkan mentega dan biar sehingga ia bertukar ke warna perang. Jangan biar sampa hangit. Selepas itu, sejukkan mentega perang di dalam peti sejuk sehingga ia keras sedikit.  Panaskan oven pada suhu 175C dan alas loyang dengan kertas parchment.Pukul mentega perang, gula dan gula perang sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Tambah esen vanilla dan kacau lagi. Dalam satu bekas yang lain, satukan tepung, baking soda dan garam. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam mentega yang dipukul tadi (wet ingredients) dan kacau sebati. Masukkan coklat chips dan gaul. Letak adunan biskut anggaran 1 sudu besar setiap satu di atas loyang. Jarakkan dalam 2 inci kerana biskut akan mengembang semasa bakar. Tabur sedikit garam kasar jika suka. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga garing. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 
0 comments

Nuffnang