This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

Apple pie.....again


Apple pie lg.....mmg berbaloi ari tu buat separuh adunan drp recipe asal...kalau nak rasa kena cuba membuatnya....recipe sama drp blog mat gebu....



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Apple pie


Alhamdulillah....first try apple pie in the house....Alhamdulillah tidak menghampakan....recipe cedok drp blog En Mat gebu....mmg berbaloi utk mencubanya....terima kasih En mat...beliau ada perbagai version apple....apple merah, hijau dan kismis....serta lina tambah kan sedikit jus limau....mmg mantap gabungannya.

APPLE PIE MAT GEBU

Bahan-bahannya:- ( 10 orang ke atas )

6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal

200 g gula pasir

50 g kismis

20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air


UNTUK DOH PIE :-

500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)

200 g mentega

2 biji telur Gred A, dikacau sedikit

250 g gula halus


Cara-cara nya:-

  1.  Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. 
  2. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. 
  3.  Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  4. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. 
  5. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi   sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. 
  6. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  7. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  8.  Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh.
  9. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  10. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.7 & 8. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  11. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Shepherd's pie


Pie yg sgt enak...time puasa ni sgt sesuai...makan time sahur pun syokkk...sesiapa yg tak suka makan nasi pd waktu sahur...boleh cuba recipe ini...



Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

SHEPHERD'S PIE again and again!

Alhamdulilah kita masih lagi bercuti panjang dimana kita masih lagi diawal tahun...alhamdulilah kita senantiasa merasa nikmat yg telah di kurniakan OlehNYA dengan perbagai Nikmat....antara nikmat makanan yg lazat dimana sang pencipta telah mengilhamkan kepada hamba2NYA yg terpilih berkongsi dengan kita...maka dapat la kita menumpang merasai kenikmatnya...spt menu pie....nampak kecil tp sgt besar makna iaitu ilmu ALLAH tidak terhitung byk nya....kita sebagai hambaNYA jgn la merasai apa yg kita lakukan ini adalah atas usaha kita semata tanpa pertolonganNYA mana memungkinkan kita....tp pada hakikat nya semuaNYA dtg drp penciptaNYA yg sgt agung....ini adalah peringatan buat diri yg serba kekurangan.... bagi lina menu ini sgt sesuai utk makan sarapan mahupun makan mlm....apa pun terpulang kepada selera masing2.... terima kasih pada kak ummi kuantan kerana melalui nya lina dpt merasai dan mencuba menu ini...pujian demi pujian drp anakanda tercinta alia mebuat kan lina telah memasak menu ini kali ke 4...Terima Kasih. Kepada yg ingin melihat boleh la keblog kak ummi
kepada yg belum memcuba...boleh la memcubanya....Insya ALLAH setiap kebaikan yg kita lakukan dengan keikhlasan akan dibalas olehNYA tanpa disangka2. Kerna penciptaNYA maha kaya dan maha penyayang kepada hambaNYA. mari kita lakukan hijrah kearah kebaikan kerana utk mengapai redha dan rahmatNYA bukan sebaliknya. 1 comments

SHEPHERD'S PIE

Assalamulaikum semua, Alhamdulilah dh lama simpan recipe yg telah di cuba oleh Ummi Kuantan. Drp blog nya shepherp's pie ini kelihatan sgt sedap...mmg benar lina makan pie tiga pcs at one go ;) and my daughter alia 2 pcs...sampai tak abis2 memuji sedap nya pie ini. Terima Kasih kak ummi....Sambil makan tak sempat2 nak ambil gambar dah abis dua pcs...:) sgt berbaloi2 kalau tak tahu nak masak apa cuba la pie. Seisi keluarga sukakannya....berkhasiat. Lina buat 1/2 daripada adunan recipe yg kak ummi buat...lepas ini kena buat ikut recipe betul2 mmg tak cukup. Lina tak ada mangkuk ramkin yg kak ummi gunakan tu jadi lina letak dlm bekas aluminum je...ok juga tp tak la cantik...asalkan dapat merasa kan..kan :) mai kita tengok recipe nya apa bahan2 yg di perlukan.. Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):- ( lina menggunakan Ayam separuh drp adunan ini)

  • 500 gram daging kisar ( Lina tukar pada Ayam
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - lina letak daun parsli kering ( sedap ada bau daun )
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar ( lina letak sama mcm kak ummi takut anak2 tak tahan pedas)
  • 1 kiub stok daging ( lina tukar pada kiub ayam 1/2 je)
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun) ni ikut mcm kak ummi minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula

Bahan B (Untuk Pai):-

  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil) ( 1/2 kilo kentang je lina buat)
  • 1/2 cawan susu segar ( lina letak 1/4 susu segar)
  • 2 sudu makan mentega ( 1 sudu mentega)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah ( sedikit je lina letak)
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu..
2 comments

Nuffnang