Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah cubaan pertama buat kuih akok guna recipe kak azie...tak pernah kecewa. Siapa nak cuba sangat dialu2kan.
Happy cooking everyone๐๐๐
Akok Kelantan Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan: 12 biji
Bahan bahan:
7 biji telur
250 gram santan - santan kotak + air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
100 gram gula Melaka - nak manis boleh tambah 1 sudu gula
Secubit garam
3 helai daun pandan - gunting
2-3 kuntum bunga cengkih - opsyenal untuk aroma
Cara cara
Kisar gula Melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam blender.
Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang.
Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven sehingga tray agak panas.
Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja.