Corak tidur yang sesuai untuk bayi Selama bertahun-tahun bayi di Amerika Syarikat ditidurkan dalam keadaan meniarap. Di kebanyakan negara lain, bayi ditidurkan secara terlentang. Bagaimanapun, kajian mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan tidur meniarap. Kini pakar sependapat tidur terlentang lebih selamat untuk bayi.Kadangkala boleh tidurkan bayi dengan cara mengiring, tetapi ia juga dikatakan berisiko tinggi berbanding tidur terlentang. Pakar melaporkan, tilam yang terlalu lembut, cadar yang boleh bergumpal dan selimut terlalu tebal (menyebabkan kepanasan) juga boleh mengakibatkan SIDS.Namun apabila mereka bangun, bayi boleh diletakkan dalam keadaan meniarap bagi merangsang pembentukan otot, mata dan mengelak belakang kepala menjadi leper.Jika bayi ditidurkan meniarap, mereka juga akan diletakkan di atas tilam lembut, jadi risiko SIDS semakin tinggi. Malah, ibu merokok juga sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat SIDS.Sejak Akademi Pediatrik Amerika menyarankan semula bayi ditidurkan secara terlentang pada 1992, kes SIDS menurun lebih 40 peratus.Tidur terlentang mempunyai banyak kebaikan lain. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bayi yang tidur terlentang mudah muntah atau muak, sebaliknya mereka mudah tercekik jika tidur meniarap.Saranan menidurkan bayi:# Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut dan dipasang dengan cadar yang tidak mudah tertanggal# Alihkan bantal, selimut, mainan atau barang lain yang lembut daripada katil bayi# Guna kain selimut yang khusus untuk bayi (ia berbentuk sarung kecil yang direka khusus untuk bayi, dipanggil ‘sleeper’) berbanding selimut biasa# Jika menggunakan selimut, pastikan hujung kaki bayi dekat dengan hujung tilam. Pastikan panjang selimut hanya sampai ke dada bayi dan sisipkan selebihnya di bawah tilam dengan kemas# Pastikan kepala bayi tidak tertutup sepanjang masa dia tidur# Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang terlalu empuk, bantal atau permukaan lembut lainMalah, banyak pendapat mengatakan tidur bersama bayi juga boleh mencetuskan keadaan berbahaya kerana bayi boleh tertindih. Justeru, ibu bapa disaran:# Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah disusukan dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibu# Jika ibu memilih untuk tidur bersama (supaya mudah disusukan), pastikan bayi tidak ditidurkan dalam keadaan meniarap, jauhkan selimut dan jarakkan katil dari perabot atau dinding bagi mengelak bayi anda tersepit di celahnya# Jangan benarkan adik beradik atau orang dewasa lain (selain ibu dan bapa) tidur bersama bayi# Ibu bapa yang memilih untuk tidur sekatil dengan bayi perlu berhenti merokok dan tidak minum kerana ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk terjaga dengan cepat# Untuk mengelak bayi terlalu panas, pastikan dipakai baju nipis dan tetapkan suhu bilik pada keadaan selesa. Dari semasa ke semasa, periksa dahi bayi anda bagi mengetahui dia tidak terlalu panas.
Yogurt sourdough starter
1 day ago
No comments:
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!