This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Chocolate cake without egg

Recipe ni dapat kat blog cik ct ..perma kali kek tak guna telur. Terima Kasih cik CT. Kawan2 office kata sedap..tp my taste bud cam pahit sikit...mula2 malas nak update ssb rasa tak sedap. Kek Coklat Tanpa Telur Resepi dari Dayang Jack Bahan-bahan : (utk 1 loyang kecil) 1 cawan tepung gandum* 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh) 1 sudu kecil serbuk penaik* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* 1/4 sudu kecil garam 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing) 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung 3/4 cawan air kopi panas 1/3 cawan susu segar 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C. (CT guna loyang 6x6x3 untuk buat 2 adunan).
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan. 5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

No comments:

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang