This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Karipap Pusing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....Makan apa pagi ini ya...
Mai layan makan karipap pusing ni di pagi hari bersama satu cawan kopi panas....ye. Recipe boleh pergi ke blog hana....Mekasih ye hana....lina c&p letak kat sini pulak biar kawan2 yg lain cuba. Bahan-bahan
  • *Doh berminyak*
  • 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
  • 300 gm tepung gandum
  • *Doh biasa*
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara
  • Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  • Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  • Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  • Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
  • Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.
  • Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Canai. Masukkan inti dan kelim karipap seperti biasa. Goreng hingga keemasan. Siap dihidang. (Lina Bakar jer jadi tak la berminyak tp terpulang pd citarasa masing2 la ye)

4 comments:

aiDieNa said...

Dah lamer teringin nak buat karipap.. ingat nanti nak cuba lar.. tapi karipap pusing nie macam memusingkan kepala sayer lar.. hehehe

lina said...

aidiena - tp bilatengok hasil nyer sgt seronok..mcm therapy minda memasak ni.

Nadiah Sidek said...

baru smlm nadiah buat karipap tapi karipap biasa je la. karipap pusing ni tak belajar lg. nak cuba la nnt

lina said...

Nadiah - cuba la...mesti suke.

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang