This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Cornflake Madu

Assalamualaikum dan selamat pagi.... Cornflake Madu..... Berbaloi sangat2....mudah, senang dan sedap...Anak2 kecil pasti suke....terima kasih yatie. Sesiapa yg belum ada kuih dan terfikirkan nak buat kuih apa....apa lagi cuba buat cornflake madu...dengan sukatan dibawah boleh dgt banyak jugak lebih kurang 150 ++ tu pun dah kena makan oleh dua si comel.....

Bahan A

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 7 sudu besar madu

Bahan B

  • 6 cwn cornflakes
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus (lina letak walnut dan almond)

Hiasan

  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara-Cara

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

1 comment:

Nurnabilah Huda said...

i follow you, you follow me..
Auntie lina saya ni anak Puan Siti Hawa kawan auntie Lina...Harap auntie dapat ikut blog cye.. ummm.. boleh tak sye nak copy resepi ni? tak de lah sje nak buat leh tak?

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang