This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Lempeng Pisang Oat

recipe asal drp blog mat gebu...Terima kasih cik mat gebu ....tp lil darwisy makan sampai tiga keping ...seronok tengok kan dia makan .....kat sini saya c&p recipe nyer.....tak sempat nak susun cantik2 ..masak jer lil darwisy dah tunggu dengan pinggan kosong.....abis jer berlari ke dapur nak lagi.....ni jer yg last tinggal....dpt merasa 1/4 jer .....sedap jugak... sbb semlm sgt kecewa ngan doh pau yg tak naik2...dua kali cuba tak berjaya gak.... saper yg pernah buat pau tolong bagi tahu ekkk kalau keadah manual ni cam mana sama jugak ke cam nak buat roti tu..... sumber :Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-) 250 gram pisang, dilecek halus 200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air) 1 cawan quaker oats 3/4 camca teh baking powder (mat tambah) Sedikit gula jika perlu (mat tak letak) Garam secukup rasa Madu, untuk hiasan Mentega, untuk hiasan CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  2. Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua

2 comments:

Nia said...

teringat masa pregnant dulu mengidam lempeng pisang, ade member ni tak reti buat, dia buatkan lempeng biasa je..huhu..terharu jgk masa tu..

lina said...

Nia - bagus nyer ada kawan yg baik gitu :) sukar di cari kawan yg memahami....kenapa org pregnant ni bila citer pasal makan dan teringin....

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang