This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu! Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya? Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya. Pemuda : Saya amat tidak faham...? Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!! Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada? Pemuda : Ya....! Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya? Pemuda : Tak boleh pak imam...!!! Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak? Pemuda : Tidak? Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR! Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? Pemuda : Kulit dan daging...!!! Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...? P Pemuda : Kulit dan daging....!!!?? Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Sakit dan pedih....!!!? Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!! Pemuda : Allahuakbar! "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

7 comments:

ICA said...

Lina, how r u? sihat semuanya? harap2 semuanya sihat. Btw, tekun sungguh I baca ur entry ni....mmg good for sharing. Islam the best!

lina said...

Ica - That the beautiful of Islam.

lina said...

Ica -i'm great. That the beautiful of Islam.

Deliah's Deli said...

lama betul sy x singgah :) apa kabar tn rumah?
sy terpesona dgn cerita di atas tu..thanks kongsi2 :)

Anonymous said...

Aslmkm.
Lama benar Kak G tak dengar cerita ini berulang.
Cerita ini pertama kali Kak G dengar semasa di UK di satu majlis ilmu (agama) some 30 years ago.
Bagus la diulang untuk manafaat generasi kemudian.

lina said...

Deliah - :) alhamdulilah baik2 jer

Dr Fauziah kawan paste kan kat skype rasa terharu sgt tu yg masuk kan kat blog....ye ke ulang2 kan kan...:)

Aida Tamrim said...

Subhanallah !!!! Hanya dengan satu perbuatan dapat menjawab ketiga2 soalan yang tak dapat dijawab si bijak pandai ilmuan duniawi ... Allahuakbar !!!

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang