This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Cheese Tart - Azita

Kali kedua buat seorang berbekal bantuan drp alia masukkan filling blue berries dan tolong buat corak...kat atas nun....mmg tak puas ati lagi ngan cheese tart ni....sgt mencabar la nak buat nyer...baru nak bertatih belajar buat cookies ni.... Filing harus la letak byk2 kan..sendiri nak makan...:) Tip drp azita sgt menbantu..so far yg dh cuba ramai termasuk nieza nun jauh tu.....sesiapa nak cuba sgt di alu2kan. Terima Kasih azita....sesiapa yg teringin nak tengok cheese tart azita yg montok klik ke link di sini Ni shell nya... Ni saya copy kat sini supaya senang nak buat rujukan bila2 diperlukan balik recipe ini... Cheese tart ni tak berapa montok cam azita buat...nak kena cuba buat lagi lain kali...

Tart Crust / Shell Bahan-bahan : 170gm marjerin 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling Bahan-bahan : 250gm cream cheese 50gm gula kastor / gula halus 1 biji telur Saiz B ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.

4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling : Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.

2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.

10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman azita sangat membantu Terima Kasih...) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).

2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

15 comments

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA - Kak Ummi Kuantan

Assalamulaikum dan selamat pagi.... Sgt teruja dengan recipe ikan siakap kak ummi kuantan ni....mmg betul2 sedap masak cam ni...dua hari berturut hahaha masak lauk cara yg sama.....cuba lina tambahkan serai dan tomato...sbb alia suka makan tamoto....betul cakap kak ummi makan ngan ulam2 dan nasi panas dh cukup membuka selera...Terima kasih kak ummi share recipe dan rasa nya kalau ikan siakap di goreng buat kuah yg sama pun sedap...

Resepi Asal: Chef Norzailina Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-

  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
  • 2 btg serai (Ini Lina tambah)

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum( Sos ni tak letak )
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis ( lina letak lemon satu biji)
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara Memasak:-

  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 0 comments

Apam Pisang - Kukus

Assalamualaikum dan salam jumaat... Dh lama simpan recipe ni mlm semlm tertunai sudah nak makan apam pisang yg dibuat sendiri....apam ni ada kt blog mat gebu dan jintanmanis ...lina copy drp blog nya. Mmg lembut dan sedap...apam ni ala2 cake gitu....mmg tak rugi cuba kalau peminat apam.
Cara nak buat pun tak susah....cepat jer sambil buat adunan panas kan pengukus....utk sediakan dan kukus ambil masa dlm 15 - 20 minute....cepat kan....dah boleh makan suam2 dengan kopi o.
selamat mencuba...
Bahan-Bahannya ( resepi asal dari Diana)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - ros cuma letak 80ml minyak masak. (lina pun ikut cik ros )
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :-)
1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran , sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
3 comments

Nuffnang