This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

2nd time Macaron in the house

Kali kedua lina bake this macaron...boleh la sikit nak balance kan buat bulat ikut duit 5o sen Ni color pink...tapi tak berapa nak pink sgt takut nak letak pewarna terlalu banyak...kali ini lina kurangkan jumlah gula...sila rujuk recipe dibawah ye...pemukaannya macaron lina tak berkilat sgt mcm first time buat tu mungkin sbb kurang gula agak nya....kita mencuba lagi....baru tahu sbb2 nya. Cabaran yg sgt best utk diri sendiri.... Alhamdulilah semua boleh dimakan walaupun feet nya tak kelihatan....kena practice lagi Ni la hasil nya dengan recipe copy drp ita ini menghasil kan 54 keping.... ni recipe yg lina ikut ....letak kat sini supaya senang lain kali nak buat rujukan Copy from ita johor

MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A

65g gula castor( lina letak gula 50 g )

80g serbuk almond

140g gula icing( Lina letak gula 100g)

pewarna

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.

Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm(Kali ini lina guna syiling 50 sen). Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..

Langkah 1

Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

Langkah 2

Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit

Langkah 3

Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4

Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar

Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.

Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

14 comments:

ejaMaria said...

wah... dah pandai buat... tahniah... kita dari sehari ke sehari nak buat... tak juga buat... bahan beli... tapi tak buat lagi... hehehe... raya ni klu hidang macaron best yg amat kan... ;p

ijayuji said...

Salam kak! tak pe kak practice make perfect! kita ni pun buat kdg jadi kdg tak hihihi kdg tu bila dah tak jadi terus nyampah nak buat TAPI nak makanlah pulak! cuma nak beli tuu jerr lah mAHAL! :D

aribaomar said...

wah,menjadi tu..cuba lagi..supaya lagi expert..;-)..

lina said...

eja - tak berapa nak menjadi..tp tahan sikit drp mula2 tu.

arah - kamu punya macaron cantik..ada feet.

ariba - tak berapa nak menjadi sgt...cuba2

shidafzan said...

wowwwwww nampak sodap nih.. lelama sure jadik elok tu kan?? nak kena practice lagi n lagi n lagiiiiii :D

lina said...

shida - Insya ALLAH :)

Granny Hani said...

pernah buat tak menjadi, nak cuba jugak sampai jadi eluk..kali ni nak cuba resipi ni pulak.

lina said...

teacher - Good luck!

CT Delima said...

As'salm Lina

tak apalah kalau tak berpuas hati. nanti buat lagi sampai jadi elok macam yang ssebelum tu. kak ct masih tak cuba lagi nak buat. tambah2 pulak orang2 kat rumah ni semuanya tak gemar makan yang manis2 lah Lina. jadi nak buat tu macam tak sampai hati jer..hihi

lina said...

Ct Delima - Terima kasih !

Unknown said...

Salam Ina...semangat Ina tetap tak pudar...masih cuba dan cuba, syabas! Saya dah tak berkesempatan nak 'bake' atau masak yang special dah masa ni..dah start kerja semula di Seri Petaling.

lina said...

Ummi Nor - Thanks for visiting...wellcome back to world of work...

Nurul said...

try to keep the egg white in the refrigerator for 3 days.

lina said...

Nurul - Thanks for the tip..Insya ALLAH will try someday.

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang