This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Kuih Kaswi

Assalamualaikum semua....lama tak update menu masakan....hari ini kita berpuasa dh masuk hari ke 12...Alhamdulilah anak ku alia tak tinggal puasa lagi setakat ini....walaupun pada permulaan hari pertama puasa nya dh berguling2 kehausan...sbb lagi beberapa minute sahaje lagi waktu berbuka...maka kami terangkan kepada nya betapa rugi nya kalau dia berbuka juga. Alhamdulilah dia dpt bertahan. Hari pertama alia berbuka sangat teruja sambil senyum sampai ke telinga tengok jaudah berbuka puasa di samping air yg alia suka ada....tergelak2 dia....kan ummi abah dah kata betapa nikmat nya orang berpuasa....semoga alia terus berpuasa dengan jaya nya hingga ke hari terakhir bulan ramadhan ini Insya ALLAH. Abaikan sahaje ye gambar yg kurang kemas..almaklum la buat pun terkejar2....nak ambil gambar yg lain pun tak sempat si kecil lagi satu dh merengek nak kan perhatian.... :) Berbalik kepada kuih kaswi ni mmg dah lama nak buat dan nak cuba recipe drp blog yatie memories yg tinggal kat johor tu...mmg tidak mengecewakan...SGT SEDAP,LEMBUT. Mak lina pun kata sedap....alhamdulilah pertama kali mencuba.... next time kalau nak buat lagi ikut recipe ini . Semalam juga kali pertama buah kuih...sbb kat ruman ni jarang makan kuih...kalau berbuka minum air ....lepastu makan kurma....dan terus makan nasi.. Terima kasih Yatie! lepastu recipe ni pun dh ramai pun yg cuba yg pasti izan muffin lover pun suka...tengok link nya kat sini. Lina buat kuih ni separuh drp adunan yg telah yatie buat... Source - Yatie

Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam

Cara-cara :

  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama

3 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Lina,
waduh buat akak terliur je tngk kuih kaswi ni...kuih kegemaran akak ni...tq mencuba resepi ni..rasanya akak jadi teringin nak buatlah..sedapnya...

aribaomar said...

wah.bestnya..antara kuih kegemaran ni..pastu letak kepala lebih..:-)

lina said...

yatie wslm - kuih ni mmg sedap kan sbb lina tengok yatie byk kali buat...lagi satu kuih ni tak muak makan byk2...

ariba pun suka kuih ni...simple tp sedap kan kalau dpt kelapa muda lagi best kan :)

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang