Kuih Putri Ayu Resipi dari Yatie Bahan-bahan: 4 biji telor 1 cawan gula halus 1 sudu kecil ovalette 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak) perisa pandan, atau perisa kegemaran Bahan Inti Kelapa: 2 cawan kelapa parut putih 1 sudu besar tepung ubi 1/2 sudu kecil garam Cara Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Inti Kelapa dan cara memasak: 1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati. 2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.
No comments:
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!