Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan
Bahan Karemel 1/2 tin susu cair 70g gula castor 1/2 sudu teh esen vanilla 3 biji kuning telur Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacau telur dan esen perlahan. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1 70g gula kastor 3 biji telur kuning 135ml air 45ml minyak masak Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2 140 gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.
Merinque 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning 70g gula castor 1 sudu teh krim of tar2 Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering Pukul putih telur hingga berbuih Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. Gaul rata secara kaup balik Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
1 comment:
The cake looks really pretty. I really like people who can bake.. I do'nt even have an oven hehe
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!