Redang daging kicap recipe bonda...kena simpan |
tak jemu di makan....kalau ada hati lg best.... |
Bahan yg diperlukan
1)Hati lembu 500 grm
2)Bawang merah besar 1 1/2 biji *
3)Bawang putih 3 -4 ulas *
4)Cili kering blend 3 hinga 4 senduk* nak pedas letak byk ( Lina letak sikit je sbb mmg kurang tahan pedas)
5)Serai tiga batang
6)Halia 1- 2 inci *
7)Lengkuas 1-2 inci ketuk kan je
8)Kerisik 1-2 sudu besar ( ni agak2 la ye jgn byk sgt pulak)
9)Jintan Manis 1 sudu kecil
10)Jintan apa ekk lagi satu lupa pulak namanya mcm padi tu la jugak
11)Biji ketumbar 1 sudu kecil
12)Cili padi letak juga kalau nak lagi pedas masuk kan je sebiji tak yah tumbuk..
13)Santan kelapa 250 ml
14)Asam keping
15) Kicap manis (letak sikit2 pastu rasa la)
16) Kicap Masin ( letak sikit2 dulu agak2 la jgn terbyk sgt nnt masim tak perlu letak garam yerk)
Cara2
1) Rebus daging/ hati bagi kering air daging dan hati..dh kering ketepikan
2) Blend bahan 2,3,5,6, hingga halus
3) Tumis kan bahan bertanda * dan masuk kan cili kering, lengkuas hingga garing dan berbau harum .
4) Masukkan hati/daging kacau2 masuk kan sedikit air jika terlalu kering nnt hangit pulak...
5) Masukkan kicap masin/manis agak2 la ye....
6) Masukkan santan , asam keping,kerisik, serbuk jintan manis, ketumbar dan jintan yg tak tahu nama nya tu
7) Rasa daging dh empuk serta rasa dh ngam boleh diangkat dan di hidangkan dgn nasi panas.
Sent from my Samsung Galaxy Tab
No comments:
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!