gambar ni je yg sempat...nk cepat....janji ada bukti dh cuba... :) |
Alhamdulillah tertunai sudah hajat nk sgt buat puding ini...ternyata benar sgt mudah utk menyediakan puding ini....recepi drp blog k.nor secubitgaram
Kak nor siap bg pilihan lg nak buat secara kukus atau bakar...hmmm nk tahu lebih singgah la blog kak nor...sgt sesuai utk di buat pencuci mulut ketika berbuka puasa...
mai check recipe nya
PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
sumber : K.Nor
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je ( lina kukus dlm masa 20 minute shj)
Sent from my Samsung Galaxy Tab
1 comment:
nampak cam sedap je
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!