This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Kerabu jantung pisang ikan bilis...


Lagi dan lagi kali ini tambah sos ikan...terbaik.....ikan bilis nak makan baru letak nnt lembik kurang syok... :)

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • satu biji jantung pisang
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 tangkai lada merah - hiris
  • 1 inci belacan bakar ( lina x letak)
  • 1/2 biji bawang besar - mayang halus
  • 1 biji tomato - buang empulur dan hiris
  • 2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
  • gula@perisa
  • garam
  • sos ikan (lina tambah)
Cara-cara
  • Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
  • Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
  • Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis goreng.
  • Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
  • Gaul mesra.
  • Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.




Sent from my Samsung Galaxy Tab

No comments:

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang