This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Salmon grilled & Kentang Putar our favorite



Baru ada masa nk update.....kentang putar ala KFC makan dgn ikan salmon....sgt mudah cepat yg penting sedap ye....tak caya cuba buat kerana mmg tk susah.....




RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana

Bahan :
5 - 6 biji kentang (Guna kentang import Merah, Kuning tu sedap)
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara :
Kupas kulit kentang. 
Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. 
Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. 
Ketepikan.




RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan @myr


Bahan :
2-3 cawan air
1kuib stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar – cincang (ni agak2 la ye)
1 batang saderi – cincang ( Ni tak letak pun tak apa)
2 sudu mentega (lebih kurang)
2 sudu  tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat


Cara :
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.

Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.


Sent from Samsung tablet 0 comments

Sambal hitam pahang



Alhamdulillah akhir nya berjaya memcuba membuat sendiri sambal hitam pahang...recipe saya ambil drp blog kak madiha.....terima kasih terbaik.....gambar kurang memuaskan dh malam ambil ala kadar....



Sambal Hitam Pahang
Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : MaDiHaA


Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  



PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.



3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!
 


Sent from Samsung tablet 0 comments

Laksam kelantan



Enak sungguh laksam di makan bersama serunding daging dan ada telur puyuh..tp ni tak ada stock makan dgn telur ayam.....ttp sedap..sumber drp Azie Kitchen mmg tepat dgn tips sgt puas hati....kali ni terasa sgt mudah ukt menyediakannya....telah beberapa kali mencuba menggunakan recipe drp kak Azie....Terima kasih Puan!....




Laksam
Oleh: AzieKitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam


Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.

Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.

Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar di bawah
Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila
hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.
Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.
 



Sent from Samsung tablet 0 comments

Nuffnang