Lina tukar dengan kambing... Alhamdulillah mmg tak mengecewakan dgn tips yang diberikan....terima kasih Sue....
KARI DAGING SEDAP
By: sue Norrman
Bahan-bahan
1kg daging batang pinang - potong sedang ikut jalur daging (jangan lawan jalur nanti keras dan lamabt masak)
2 sdm bahan kisar (ambil dari bahan yang telah dikisar di bawah)
1 sdm rata serbuk kunyit
1 sdm golden sirap (kalau tak ada boleh ganti gula melaka atau gula pasir)
*Gaul rata dan perap 1 jam* (oleh kerana kambing Ada tulang Lina rebus kan dulu yang lain mmg Ikut betul2...
Kisar halus
1 biji bawang bombay
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah keras
(A)
1-2 batang kulit kayu manis kecil
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
6 kuntum cengkih
4 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 tangakai daun kari
1 sdm cili giling
Minyak secukuponya untuk menumis - lebihkan supaya tumisan cantik dan tidak hangus
(B)
(asalnya menggunakan kari hidup campur kari kering tapi boleh guna resepi disediakan)
4 sdm serbuk kari babas
1 sdm serbuk kari adabi
2 sdm serbuk kurma
200ml air untuk membancuh (dijadikan paste)
(C)
300ml santan cair
(kalau menggunakan santan kotak ganti dengan air biasa saja)
(D)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Air asam jawa secukup rasa
Gula sedikit
1-2 biji ubi keledek - potong 6 bergantung pada saiz
(jangan terlalu kecil nanti hancur)
(E)
2 sdm sos cili
3 sdm kerisik
3-4 biji kentang - buang kulit dan potong 4.
(rebus setengah masak terlebih dahulu untuk mencepatkan dan mencantikkan kuah . Kalau nak masuk terus pun boleh tapi mengambil sedikit masa)
300ml santan pekat)
TIPS:- Baca cara memasak sepenuhnya untuk mendapat kuah kari yang pekat dan rasa yang sedap. Ianya mengambil masa dan terus bersabar...
Cara
>>> Bila dah cukup masa perapan daging tadi boleh lah memulakan sessi menumis ye..
1) Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak lebih supaya tumisan cantik dan tidak hangus.
2) Bahan A - tumis rempah empat sekawan dulu sehingga naik bau dan masukkan bahan selebihnya. Kacau sehingga bawang masak dan garing.
3) Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata menggunakan api sederhana. Kacau selalu supaya kari tidak hangus di bawahnya. Kelihatan minyak kurang boleh tambah lagi. Ianya supaya kari masak dan tidak hangus.
PERINGATAN!!! STEP NO 3 >> Jangan sesekali memandai tambah air ye sebabnya kalau kari belum cukup masak dan pecah minyak anda terus masukkan air 'MINTA MAAF' kari anda fail dan memang tidak akan sedap! (ini berdasarkan pengalaman). Penggunaan minyak secukupnya memain peranan untuk menjadikan kari masak sepenuhnya dan tahan lama.
4) Setelah kari pecah minyak dan pekat masukkan perapan daging tadi dan kacau rata.Part ini juga harus ambil kira jangan tambah air!
5) Kacau dan biarkan daging mengeluarkan air dan ianya akan kelihatan pekat dan minyak akan timbul. Itu tandanya kari anda cukup masak.ni part yang sgt penting.. Reneh lagi daging sehingga lembut anggaran 30 minit bergantung pada daging.
6) Ok!! Sekarang baru boleh masukkan bahan C dan kacau sebati. Lanjutkan mereneh daging sehingga pekat.
7) Diikuti bahan E dan kacau lagi dan rasakan kuah kari. (ada rasa masam sedikit, manis dan garam secukup rasa. Jangan terlebih manis pulak ye!)
8) Bila dan rasa ok masukkan bahan E, kacau sebati dan biarkan ianya mendidih sehingga kentang empuk dan daging lembut sepenuhnya. Jangan terlalu lama nanti santan pecah minyak.
9) Rasa kuah sekali lagi setelah penambahan pati santan. Kalau ada rasa kekurangan tambah lagi perisa secukup rasa. (Ikut selera lidah)
10) Boleh lah tutupkan api dan misi kita pun selesai. Sedia untuk dimakan bersama nasi, roti jala, lempeng dan sewaktu dengan nya.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!