This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Akok azie kitchen


Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah cubaan pertama buat kuih akok guna recipe kak azie...tak pernah kecewa. Siapa nak cuba sangat dialu2kan.


Happy cooking everyone🙂😍🙂

 Akok Kelantan Yang Sedap
Menghasilkan: 12 biji

Bahan bahan:
7 biji telur
250 gram santan - santan kotak + air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air 
100 gram gula Melaka - nak manis boleh tambah 1 sudu gula
Secubit garam
3 helai daun pandan - gunting
2-3 kuntum bunga cengkih - opsyenal untuk aroma

Cara cara 
Kisar gula Melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam blender. 

Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang. 

Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven sehingga tray agak panas. 

Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja. 
0 comments

Creme brulee

Alhamdulillah finally...Creme brulee again!....it seems to be a dessert that many people don't realize they can make at home. It's such a staple of restaurants...😜

 It must be finicky and difficult, right? Nope! There's no stovetop stirring, no need for a mixer. There are no specialty ingredients or tools involved.

Take care everyone💕

#lifeisnotaboutme
#Covib192020
#preventionisbetterthancure


CRÈME BRULEE

BAHAN – BAHAN:
200 ml susu segar/ Susu cair
200 ml krim
1 biji telur
2 biji kuning telur
2 sudu gula pasir (agak2 aje nk manis mana)

Kaedah:

1.  Didihkan susu segar Ataupun susu cair, whipping crema,  & biarkan suam sedikit

2.  Pukul telur, kuning telur & gula sehingga sebati.

3.  Sebatikan kedua adunan kemudian ditapiskan.

4.  Tuang ke dalam acuan pembakar, letakkannya kedalam dulang berisi air (water bath) & bakar pada suhu 160*C selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan sepenuhnya di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.
(jika tak ada torch taburkan gula dan bakar semula guna api atas dan sekejap aje tau)
5.  Untuk hidangan, taburkan gula pasir di atas permukaan creme brulee dan bakar menggunakan blow torch sehingga menjadi caramel.
0 comments

Brown butter chocolate chunk cookies Biskut Coklat Chip Mentega Perang


Assalamualaikum semua...


Apa khabar lama tak updatd cookies kan...


Sini lina share lagi recipe nya...


Selamat mencuba mmg tak rugi buat cookies...


Minum dengan Hot Jasmine green tea perfect match without sugar 😉


Brown butter chocolate chunk cookies
Biskut Coklat Chip Mentega Perang
Resipi asal: completely delicious
Sumber: bisous a toi

Bahan-bahan:
1 cawan (226 grams) mentega tanpa garam 
1/2 cawan (100 grams) gula *saya guna 90g gula perang gelap
1 cawan (215 grams) gula perang *saya guna 200g gula perang biasa ( lina tak letak manis sgt cookies nya)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/2 cawan (300 grams) tepung gandum( lina guna tepung naik sendiri  = tepung kek)
1 sudu kecil baking soda ( jika guna tepung kek tak perlu letak)
1/2 sudu kecil garam
2 cawan (450 grams) coklat chips *saya guna 1 1/2 cawan coklat chips dan 1/2 cawan kacang gajus yang disangai dan dipotong kasar
Garam kasar untuk ditabur (tak letak pun xpe)

Cara-cara:
Dengan api perlahan, cairkan mentega dan biar sehingga ia bertukar ke warna perang. Jangan biar sampa hangit. Selepas itu, sejukkan mentega perang di dalam peti sejuk sehingga ia keras sedikit.  Panaskan oven pada suhu 175C dan alas loyang dengan kertas parchment.Pukul mentega perang, gula dan gula perang sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Tambah esen vanilla dan kacau lagi. Dalam satu bekas yang lain, satukan tepung, baking soda dan garam. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam mentega yang dipukul tadi (wet ingredients) dan kacau sebati. Masukkan coklat chips dan gaul. Letak adunan biskut anggaran 1 sudu besar setiap satu di atas loyang. Jarakkan dalam 2 inci kerana biskut akan mengembang semasa bakar. Tabur sedikit garam kasar jika suka. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga garing. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 
0 comments

Our close teamate AIG

Tahniah buat seluruh keluarga AIG atas pencapaian jualan yang sangat memberansangkan walaupun cuma ada 29 hari bekerja.

Kami tak ada kedai pun.

90% keluarga AIG buat biz online.
10% keluarga AIG pilih method offline.

Tak kisah macam mana pun cara yang kami pilih, masing masing sangat teruja nak bantu ringankan bebanan anda.

Yang menangis susu makin susut, tapi tetap taknak mengalah berjuang untuk menyusukan bayi mereka. Kami bantu.

Yang rambut gugur bersepah satu rumah sampai suami komplen, anak komplen. Kami bantu.

Yang nak dapatkan berat badan ideal dengan cara yang lebih sihat, jaga makan dan amalkan prinsip 3B. Kami bantu.

Yang sedang berikhtiar untuk dapatkan cahaya mata. Kami peduli.

Yang kepenatan tak terhingga bekerja, jaga anak, sampai stress. Kami peduli.

Yang mencari peluang tambah pendapatan sebab hilang punca pendapatan. Kami peduli.

Kami bukan along.
Kami bukan tempat pinjam duit.

Kami nak tolong.
Beri anda jalan.

Bina bisnes tanpa modal barang.






Berminat nak jadi ahli boleh click link ni 

#Shakleewithaig
#Shakleejalanduta
#Shakleehartamas
#Shakleesihat
#Shakleeeffect
#Shakleeproven
#Shakleeselamat










0 comments

Nuffnang