This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Mable Cheese Cake & Cheese Cake Bake & BUTTERY ORANGE CAKE

Oleh kerana cerita sedih semasa membuat Cheese Cake Bake from Hana Memories tak menjadi oleh kerana kesilapan ku sendiri....Terima kasih pada yatie memories ajar lina mcm mana nak buat corak2 tu...walaupun tak cantik mcm yatie yg buat....Insya Allah akan di practice to make it perfect.... Recipe ni buat still sama lina cuma tambah kan cream Cheese dan tambah kan emelco Chocolate BUTTERY ORANGE CAKE 250gm butter (dilembutkan) 2 sudu besar parutan kulit oren-saya letak 1 sb je 330gm gula castor~ saya guna 250 gm je 4 biji telur 225gm tepung naik sendiri 75gm tepung gandum 180ml orange juice 1 sd kecil ovallete ~ ni k.nor tambah ..(saya pun tambah..) Cara-cara 1. Pukul butter, gula dan ovallete serta kulit oren sehingga kembang. 2. Masukkan telur dan pukul lagi. 3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata. 4. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min...180C... #Orange juice tu k.nor guna air bancuhan sunquick oren aje sebanyak 180ml spt kehendak resipi....(saya pun ikut mcm K.Nor..).## utk hasilkan kek marble spt diatas, bahagi dua adunan dn campurkan 1 bahagian dng 1 sudu teh coklat emulco dn sedikit pewarna coklat.### Lapiskan satu persatu adunan secara selang seli hingga habis baru la dibakar. Chocolate nyer Bahan B:250gm cream cheese 60gm gula castor 1 biji telur1 sudu teh esen vanilla 1.Pukul cream cheese sampai kembang. 2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. 3. 1 sudu kecil emelco chocolate Pukul lagi sampai kembang dan rata
Buttery Orange Cake...kesukaan Mr. Hubby... Ni la cheese cake yg tak menjadi tu sbb tak balut betul2 aluminum foil tu jadi air dah masuk kat dlm cake...tp rasa cheese tu ttp sedap ...cuma base nyer habis kembang.....sedih sgt...tak apa nnt lina cuba buat lagi...kali ni nak beli loyong yg besar supaya boleh letak dan tak perlu di balut2 kan lagi....apa pun corak nyer tu pun hamtam saje...rupa mmg out la....recipe ni drp hana memories Bahan-bahan Base (lapisan bawah) 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai 50g butter - dicairkan - hana buh 40g je Filling Cream Cheese 200g creamcheese (suhu bilik) 75g gula halus 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa 10g tepung jagung 1 biji telur saiz B 80ml whipping cream 1/2 sudu besar jus lemon 1/2 sudu besar lemon zest sedikit coklat emelco - untuk buat marble Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminum foil Cara-cara Untuk Base (Lapisan Biskut)1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye). Untuk Filling 1. Panaskan oven 150 C. 2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay. 4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil). - hana bakar suhu 150 selama 1jam10min. itupon keperangan sedikit permukaannya.igtkan nak putih melepak cam k.maz. lenkali kene kurangkan kurangkan suhu lg.5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).

6 comments:

izahdaut said...

bape biji kek ni? 3 biji skali gus..fuh..konyanggg..hehee

lina said...

izan - sbb sedih dgn cheese cake punya pasal buat tak menjadi...:)

nurul akma said...

Sedap sungguh Marble Cheese Cake kak lina. sy ni dh la pencinta cheese. dpt rase sepotong pon cm xcukup jek..ahaha

lina said...

kema - :)

Unknown said...

tak pe la kak...biarlah tak ada rupa kan...janji mkn sodap!...hehe

lina said...

Nieza - haha nieza tp sedih sgt...

Post a Comment

Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!

Nuffnang