This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Buah Melaka/ Ondeh2 Gula Melaka

Alhamdulillah the best recipe, first time  buat kuih ni sgt berbaloi. 


Buah Melaka / Ondeh2 gula melaka
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit air kapur
Cara-cara

Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
0 comments

Di ambang tahun 2019

~  بسم الله الرحمان الرحيم  ~ 
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Alhamdulillalah ya syakur ya aliy ya kabir ya mukit di ambang 2019
Allahumma Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, kami mohon kemaafan,  keampunan dan taubat dariMu Ya Allah atas segala kesilapan, dosa2 kami, berhala dunia dan makhluq dalam hati kami, kotoran syirik dalam hati kami dan kerana kami mengikut bisikan syaitan sepanjang tahun ini. Ya Fattah Ya Haq Ya Barr Ya Karim Ya Quddus, jadikanlah tahun baru ini tahun dimana kami sentiasa berada di atas kebenaran, kebaikan dan kemuliaan yang sempurna di sisiMu.

Allahumma Ya Qohhar Ya Sami' Ya Quddus, jadikanlah kami di tahun baru ini hamba yang lebih tunduk dan taat kepadaMu dengan ketundukan dan ketaatan yang sempurna. Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kuatkan jiwa dan jasad kami utk meningkatkan ibadah kami kepadaMu. Ya Baa'its, bangkitkan kami di pagi2 hari untuk beribadah dan bermunajat kepadaMu dan merenung akan akhirat dan menangis di hadapanMu.

Allahumma Ya Baari' Ya Haq Ya Barr Ya Karim, agendakan kami dalam tahun baru ini dengan agenda menegakkan kebenaranMu, agenda melaksanakan kerja2 kebajikan dan agenda2 dakwah dan perjuangan bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hati2 kami dari segala agenda2 peribadi, agenda dunia, dan agenda syaitan.

Allahumma Ya Aliy Ya Muta'ali Ya Roofi', di tahun baru ini, angkatlah darjat kami setinggi2 darjat disisiMu agar kami dapat menjadi khalifahMu yang sempurna. Ya Kabir Ya Mutakabbir, kurniakan kami jiwa yang besar untuk memimpin ummat. Ya Fattah, Ya Malik Ya Malikulmulk, bukalah jalan2 dakwah bagi kami, sesungguhnya Engkau pemilik hati2 manusia dan Engkaulah Raja yang memiliki dan menguasai seluruh kerajaan langit dan bumi.

Allahumma Ya 'Alim Ya Hakim Ya Roshid, di tahun baru ini Ya Allah, curahlah kami dengan ilmu2Mu yang mulia dan bermanfaat iaitu ilmu makrifatMu, ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu dan ilmu2 pengurusan hidup agar kami dapat melaksanakan tugas khalifah dengan sempurna. 

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, datangkanlah kepada kami pembantu2Mu yang ikhlas dan bersungguh2 menjalankan amanah khalifah ini agar kami menjadi saf yang kuat dalam memperjuangkan agamaMu.

Allahumma Ya Maajid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Syakur, Ya Sobur, kurniakan kami budipekerti mulia dan sifat2 terpuji seperti Rasul2Mu, agar kami dapat melakukan kebaikan2 kepada ummah.

Allahumma Ya Mukmin Ya Baaqi Ya Quddus, di tahun mendatang ini ya Allah, jadikanlah kami mukmin yang sempurna dan kekalkan kami sebagai mukmin sempurna sehingga akhir hayat kami. Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim, bukalah pintu syurga buat kami semua.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


0 comments

Nuffnang