~ بسم الله الرحمان الرحيم ~
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Alhamdulillalah ya syakur ya aliy ya kabir ya mukit di ambang 2019
Allahumma Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, kami mohon kemaafan, keampunan dan taubat dariMu Ya Allah atas segala kesilapan, dosa2 kami, berhala dunia dan makhluq dalam hati kami, kotoran syirik dalam hati kami dan kerana kami mengikut bisikan syaitan sepanjang tahun ini. Ya Fattah Ya Haq Ya Barr Ya Karim Ya Quddus, jadikanlah tahun baru ini tahun dimana kami sentiasa berada di atas kebenaran, kebaikan dan kemuliaan yang sempurna di sisiMu.
Allahumma Ya Qohhar Ya Sami' Ya Quddus, jadikanlah kami di tahun baru ini hamba yang lebih tunduk dan taat kepadaMu dengan ketundukan dan ketaatan yang sempurna. Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kuatkan jiwa dan jasad kami utk meningkatkan ibadah kami kepadaMu. Ya Baa'its, bangkitkan kami di pagi2 hari untuk beribadah dan bermunajat kepadaMu dan merenung akan akhirat dan menangis di hadapanMu.
Allahumma Ya Baari' Ya Haq Ya Barr Ya Karim, agendakan kami dalam tahun baru ini dengan agenda menegakkan kebenaranMu, agenda melaksanakan kerja2 kebajikan dan agenda2 dakwah dan perjuangan bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hati2 kami dari segala agenda2 peribadi, agenda dunia, dan agenda syaitan.
Allahumma Ya Aliy Ya Muta'ali Ya Roofi', di tahun baru ini, angkatlah darjat kami setinggi2 darjat disisiMu agar kami dapat menjadi khalifahMu yang sempurna. Ya Kabir Ya Mutakabbir, kurniakan kami jiwa yang besar untuk memimpin ummat. Ya Fattah, Ya Malik Ya Malikulmulk, bukalah jalan2 dakwah bagi kami, sesungguhnya Engkau pemilik hati2 manusia dan Engkaulah Raja yang memiliki dan menguasai seluruh kerajaan langit dan bumi.
Allahumma Ya 'Alim Ya Hakim Ya Roshid, di tahun baru ini Ya Allah, curahlah kami dengan ilmu2Mu yang mulia dan bermanfaat iaitu ilmu makrifatMu, ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu dan ilmu2 pengurusan hidup agar kami dapat melaksanakan tugas khalifah dengan sempurna.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, datangkanlah kepada kami pembantu2Mu yang ikhlas dan bersungguh2 menjalankan amanah khalifah ini agar kami menjadi saf yang kuat dalam memperjuangkan agamaMu.
Allahumma Ya Maajid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Syakur, Ya Sobur, kurniakan kami budipekerti mulia dan sifat2 terpuji seperti Rasul2Mu, agar kami dapat melakukan kebaikan2 kepada ummah.
Allahumma Ya Mukmin Ya Baaqi Ya Quddus, di tahun mendatang ini ya Allah, jadikanlah kami mukmin yang sempurna dan kekalkan kami sebagai mukmin sempurna sehingga akhir hayat kami. Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim, bukalah pintu syurga buat kami semua.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
No comments:
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!