Oleh kerana lama dah tak buat muffin since bulan puasa lagi...pagi ni our breakfast. Recipe ni biasa la ambil drp
Izan....Terima Kasih ye izan share recipe ni dan kali kedua buat muffin ni....boleh click di
sini utk tengok gambar nyer.
Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)
Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (saya
Caranya: Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.
Posted by
lina
at
6:13 PM
2 comments:
salam kak..lama dah tak bermuffin dengan pisang...adeehhh teringin la pulak tengok mufin tu
izan - betul tu...yg teringin tu....tengok kat izan dh masak macam2 dh...sedap2 pulak tu.
Post a Comment
Would lurve to hear your thoughts on this.Thanks!