This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Lamb chop blackpepper sauce 2018 -2019

Alhamdulillah, December 2018 bakal menutupi tirai, 2019 bakal menjelma
Alhamdulillah tahun y penuh dgn warna2 kehidupan

Tahniah anak2 kerna berjaya menutup dgn penuh gemilang, keep going anak2 ku.Allahumma amin ya mukmin ya muhaimin ya salam...kami tinggal kalian di bawah penjagaan serta perlindungan Mu ya Allah...kakak  terus  istiqomah berjuang demi ilmu, semoga Allah memghilang kita drp kejahilan, kebodohan serta kesombongan ya alim ya hakim ya roshid  ya fattah alirkan kebijaksaan, kercerdikkan Mu kpd kedua permata hati ku ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui.

allahummarhamna li ummati muhammadin صلى الله عليه وسلم  
Time is like a river. You cannot touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again. So don't waste your time, and enjoy every moment of your life in order to value your future!

Insya Allah.


Mai lina share lamb recipe drp blog 

By : lina pg

Bahan - Bahan:
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
Sedikit olive oil
Cara-cara
Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tida
0 comments

Bingka labu tanpa telur

Bingka labu tanpa telur ( rujukkan drp yatie memories blogspot)
Bahan-bahan  
250 gm labu - tanpa kulit, direbus
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan susu cair/sejat
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sk garam1 cawan tepung gandum1 sudu besar mentega/majerinsedikit
 pewarna kuning (akak tak bubuh)sedikit bijan utk tabur atas kuih (Yatie tambah)
Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak.Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masakSejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan.
** Yatie guna acuan bahulu kemboja, sapu butter/minyak di sekelilingnya dan panaskan sebentar. Bila dah panas baru tuang adunan dan tabur bijan atasnya. Yatie bakar 1/2 jam pertama guna api bawah je dan 1/2 jam lagi guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi guna api atas je dlm 5 minit...bergantung pada oven masing2 ya. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. InsyaAllah ianya mudah di keluarkan dan tak melekat.

Sorry la gambar tak cantik tp sedap bingka ni. 
0 comments

Basque burnt cheesecake again.

Super sedap cheese cake! 
0 comments

Pengedel tempe ala sheila Rusly

Alhamdulillah, jom tengok apa bahan2 nya.
Mudah je kan 
ni bahan nya 
Tempe ditumbuk ( 2-3 packet)
1/2 biji bawang besar di cincang
1-2 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Lada sulah(lina tambah)
Serbuk perasa maggi
Garam agak2 ye
1 biji telur
Daun sup(tak letak gantikan dgn daun ketumbar) sedap baunya

Cara2
Tumpuk tempe hingga halus, masuk kan bawang merah dan bawang putih gaul sebati, kemudian masuk kan lada sulah,serbuk perasa,garam dan telur.Gaul kan dan boleh la di bentuk kan bulat ikut masing2 nak besar kecil sizenya.
Kemudian digoreng,siap dan boleh di hidangkan.

Makan dgn nasi pun sedap ataupun jadikan snek 😘



0 comments

Basque Burnt cheesecake - school holidays

Alhamdulillah finally basque burnt cheesecake is in the house. Yup is look ugly however the taste super delicious.
 On top of the cake i add salted caramel super awesome! The recipe i took from kak wan FB, 

Jangan betulkan FB anda kerana kek ni memang di buat hangus namanya ...di alas dengan kepingan fillo pastry yang berlapis rangup :)
Basque Burnt Cheesecake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
250 gm cream cheese, suhu bilik
80 gm gula caster
1 sudu besar tepung gandum
120 ml dairy whipping cream
2 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla atau coffee oil
Kepingan Fillo Pastry, potong mengikut saiz acuan, lebihkan 1 in dari ketinggian loyang
Mentega cair untuk sapuan
Loyang 7in atau acuan muffin

Cara-cara :
Putar cream cheese hingga sebati.
Masukkan gula dan putar hingga berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.Masukkan whipping cream,
Kemudian masukkan tepung, putar sebati.
Ambil kepingan phyllo pastry, sapu dengan sedikit mentega cair. (lina, skip the phyllo pastry)
Kemudian alas dalam loyang atau acuan muffin.
Buat beberapa lapisan dengan setiap kepingan di sapu sedikit mentega cair.
Tuang adunan cheese dan bakar selama 40 - 55 minit suhu 190C hingga permukaannya terbakar.
Tambahkan tempoh bakar jika menggunakan loyang.

0 comments

Sheperd's pie

Alhamdulillah, sedap, cepat dan mudah serta sgt mengenyangkan.
0 comments

Homemade pizza - beef pepperoni

Alhamdulillah, Menarik mini pizzas hasil air tangan adik,boleh buat lagi dan boleh bawa bekal pi sekolah  buat banyak2 frozen kan. 
0 comments

Cinnamon rolls with salted caramel sauce - School holidays activities

Alhamdulillah done  perfectly...to adik  and kakak... 
0 comments

Pavlova - school holidays activities

Young chef  in the house.
0 comments

The best tea brand Tchaba

Alhamdulillah the best  tea ever! Whether you're a tea drinker or not trying Tchaba is a MUST!  What's really special about them is that they have decaffeinated tea and their sachets are bio degradable handcrafted...

Make me addicted lol 

All the pics from google...tq google.
0 comments

After a years blogging still have a visited

Thank YOU everyone ! I' m touched beyond WORDS to  those still visited this humble pages :) 


i have received a lot of comments thru the post that i have done ...Will read them later....


Thank You again!

 

 


--
lina
0 comments

Pavlova again...

Alhamdulillah, nikmat y tidak pernah di dustakan...selamat berhujung minggu..
0 comments

Sira Labu

Alhamdulillah, sira labu pertama kali buat...Alhamdulillah sgt sedap 

Bahan2nya sgt mudah
Labu ikut suka byk mana 
Gula  melaka
Daun  pandan (tak letak tak Ada stock)
Kapur sedikit
Cara nya
Rendam labu dgn  kapur lebih kurang 1-2 jam ( ukt bagi labu tidak lembik bila  masak nnt) 
Lepas tu basuh  bersih2 Jgn ada kapur  melekat pd labu (nnt jd pahat) 

Letak dlm periuk bersama gula melaka  y dh hiris halus. 

Letak atas api masak guna api  y perlahan supaya labu tak masak  mengejut lebih  kurang 1/2jam @1jam
Sehingga  masak. 

Berbaloi sgt sedap....terima kasih sgt memberi  manfaat...
Recipe saya  ambil  drp blog takseindahmana.blogspot.com

Gambar tunjuk mcm mana  nk letak  gula  melaka, Saya ambil  drp  blog beliau 
0 comments

Kuey Teow Kung Fu

Alhamdulillah  masak yg simple  tp  sedap...hujan2 mmg  sesuai  masak  jenis  mee gini...sayur lebih kan 

Resepi Kuey Teow Kung Fu

Cara Goreng Kueyteow
3 senduk minyak masak
2-3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 4-5 bahagian

Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.. pukul telur dan letakkan white pepper.. kueyteow tu basuh dan tos dulu hingga kering.. kemudian ambil 1 bahagian kecil kueyteow masukkan dalam telur yang telah dipukul.. kacau rata dan kaut dengan senduk masukkan dalam kuali.. biarkan hingga perang.. terbalikkan.. kemudian angkat dan ketepikan.. kalau boleh letak tisu masak tu bagi dia serap minyak sikit ;) kalau telur habis, boleh tambah lagi :)

Cara sediakan kuah
3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
1 pokok sayur kailan (nak ganti sayur lain pon boleh)
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air (ganti  dgn tepung  gandum pun boleh) 

Panaskan 1 sudu makan minyak masak.. masukkan bawang putih kacau hingga keperangan.. masukkan 2 sudu sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat..kemudian masukkan air dan kiub ayam.. masukkan isi ayam, carrot dan anak jagung.. masak sehingga agak empuk.. kemudian masukkan udang dan sayur.. masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.. korang boleh agak-agak kuah banyak mana.. fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah.. 

Bila dah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas kueyteow.. makan dengan cili padi potong.. cili padi potong Kak Pilla letak dalam kicap cair.. slurppppp :)
0 comments

Sayyid Nu'man dalam kenangan...Al fatihah...

9 SAFAR 1440H/18 Oct 2018

Ramai GURU yang Allah rahsiakan dari umum, mutiara yang paling berharga, hanya pencari yang ikhlas akan dipertemukan oleh Allah, hanya penyelam yang bersungguh-sungguh akan menemui mutiara yang tersembunyi.

Al Fatihah untuk mutiara yang telah pergi menghadapNya disebabkan terlalu rindu terhadap nendanya al Imam al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali Al Sanusi dan kekasihnya.

Takziah keatas diri kita yang telah kehilangan seorang ayah seorang bapa seorang guru yang sentiasa mendoakan kita yang sentiasa meletakkan kita didalam hatinya

اِنّا لِلهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعون.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وارْحمْهُ وعافِهِ واعْفُ عنْهُ، وَأَكرِمْ نزُلَهُ، وَوسِّعْ مُدْخَلَهُ واغْسِلْهُ بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ، ونَقِّه منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس، وَأَبْدِلْهُ دارا خيراً مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلِهِ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِ، وأدْخِلْه الجنَّةَ ، وَأَعِذْه منْ عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار.
1 comments

Kimbap as always...love

Super duper lazy days... Mode anak2 exam....
0 comments

Fruits pastry cake....

Oleh kerana pengaruh media sosial terjebak jugak... Alhamdulillah mmg sedap cake ini...nak buat nya pun mudah...siapa y belum mencuba sila la..saya ikut recipe blog azlita masam Manis dan Kak Wan.. Google je Insya Allah...
0 comments

Daging masak hitam azie kitchen

Tqvm azie kitchen recipe simple tp hasil nya sgt sedap....
0 comments

Finally,terjebak juga fruits pastry cake

Alhamdulillah, kek hangat dipasaran setelah  Sana sini kek  ini  dipertontonkan tak  tahan  rasa hati nk menbuatnya... 6 Muharram  1440 = 16/09/2018 jadi  saksi 😂  

Resipi biasa saya intai dapur  masam manis azlita Jb... Boleh intai  Di blog nya. 

Walaupun hasil buah2an tidak  begitu  timbul  tidak  mengapa lg sedap Sbb buah ada di tengah  bila potong  Dan makan  tergigit buah mmg sgt perfect....

Masa  nak susun  strawberry terlupa  nak gaul kan  dgn  gula...husband  pulak  lebih  suka buah nya ada dlm  kek 😃
Apa pun ikut citarasa sendiri la ye... 

FRUITS PASTRY CAKE

Resepi Asal : Rima

100 gm unsalted butter
160 gm gula castor ( resepi asal 200 gm ) 20 gm lagi ita gaul dengan buah
50 gm sour cream atau boleh guna yogurt
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange - parut kulitnya aje ( resepi asal lemon )
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)

Tepung satukan dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, cth dia kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum + dengan 20 gm tepung jagung) 
Buah-buah tu pula kita potong  kalau yang besar, cuci bersih dan toskan, lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula
Kalau guna buat dari dalam tin, basuh buat tu dan toskan-tak perlu letak gula sebab buah tin lebih manis

Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga putih dan gebu
Masukkan telur satu persatu dan terus putar
Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)
Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar
Tutup mixer
Masukkan tepung dan kaup balik rata
adunan akan jadi pekat 
Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan oleh butter
ratakan
Taburkan buah-buahan atas adunan tadi
bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 - 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown

Masa bakar tu bergantung pada oven, kalau aoven kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi kat tengah untuk pastikan kek telah di masak sempurna
0 comments

Kerang rebus kopek sebelah cili padi

Assalamualaikum semua, tak lama lagi satu muharram....dah tahun baru 1440 bermula ahad  bersamaan 10/09/2018
Mai kita tengok cara2 nak masak..

Sgt Sedap,Simple makan dgn nasi panas cukup dgn lauk ni shj. 
BAHAN2:
  • kerang - rebus - buang kulit separuh
  • 2-3 ulas bawang putih *
  • 2 bijik bawang merah saiz besar *
  • 3 bijik cili merah *
  • 2 bijik cili api *
  • sedikit halia*
  • sos tiram
  • sos cili
  • sebatang serai - titik
  • daun limau purut
  • garam - gula - secukup rasa ye

CARA2:
  1. blenderkan bahan2 bertanda *(Malas nak blend pun tak apa cincang halus je) 
  2. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kering & garing
  3. masukkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam, dan gula
  4. masukkan kerang - kacau dan gaulkan mesra dan siap! :)
0 comments

Kulit lembu masak lemak cili padi

Ya Allah, pertama  kali dlm hidup makan  kulit lembu... Macam jelly..salute dengan  kegigihan Mak cik ni di Kuala pilah...lupa  nk ambil  gambar org nya. 
1 comments

Tetap dengan ilmu...moga istiqomah..

Alhamdulillah masih dlm mode bercuti...
Late lunch with mee rebus tulang JB... You 😘😘😘
1 comments

Thank you love...

Love,  thank you for the nice shoes...

Trust these nice wording.... 

People said great shoes bring YOU to great places...insya Allah...amin... 
1 comments

Lunch date today..

Ikan siakap masak kicap dan sayur kailan goreng....Alhamdulillah nikmat mana nak didustakan ☺
0 comments

Nuffnang