This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Menurut perspektif Ulama

Buku ini di keluarkan Oleh AL FAqir Ila Allah Al Qawiyy MUhammad Fuad Bin Kamaludin AL Maliki. Di antara Isi Kandungan yang perlu kita kongsi kan 1) Cemuhan dan Tohmahan Terhadap Majlis Maulid Nabi s.a.w (Diantara mereka yang bergiat aktif dalam usaha Membid’ahkan Majlis Maulid Nabi s.a.w ialah salah seorang pemuka WAHHABI yang menjadi salah seorang tenaga pengajar di masjid Nabawi. Dan sekarang Fahaman WAHHABI semakin menular di masjid2 di Negara kita, ini amat membimbangkan. Beliau menyatakan bahawa daging binatang sembelihan yang di sediakan untuk makanan orang ramai pada hari sambutan maulid adalah lebih haram daripada daging Khinzir. 2)Maulid Nabi s.a.w menurut perspetif Ulama 3)Berdiri Ketika Membaca Maulid Nabi s.a.w 4) Tentang kelebihan Menyambutnya.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasu

0 comments

Nuffnang