This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

HIPOKRIT BERTUDUNG?

Tertarik dengan jawapan Ustaz Haji Zaharuddin Abd Rahman dari Majalah ANIS keluaran April 2010. Muka surat 57Tajuk yang sering kita dengar daripada kawan2 yang tidak memakai tudung..... Mari kita muhasabah diri....Soalan dari pembaca bernama - Diera - Untuk pengetahuan ustaz, ibu telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 thn. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi .walaupun begitu sekarang saya tidak lekat bertudung. Ini di ketahui oleh ibu dan dia hanya mampu membebel menasihati saya. Saya hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana tindakan undang2 di kenakan sekiranya tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat tetapi buat waktu sekarang hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat. Cara pemakai saya tidak seperti rakan2 yg menutup aurat mereka bertudung ttp pemakaian tidak melambangkan imej mereka. Baju dan seluar ketat yg menampakkan susuk tubuh. Bagi yg memakai baju kurung, ada yg dr kain nipis dan jarang. Bagi yg berbaju kebaya, terlalu ketat berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yg tidak memakai seluar ttp memakai skirt panjang namun ketat dan menampakkan garis pakaian dalam. Tudung yg dipakai tidak menutup dada. Lelaki2 yg memandang tidak berkelip. Ada juga rakan saya betul2 menutup aurat ttp perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari yg tidak memakai tudung. Tidak menunai kan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yg bukan mahram, pengotor dan pelbagai kerenah lagi. walaupun saya tidak memakai tudung saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku. Kawan2 ada menyuruh saya supay terus memaki tudung ttp saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas dan bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba ttp bukan sekarang. Semoga ALlah membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Jawapan 1) Isu tidak mahu bertudung (menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu HIPOKRIT serta tidak mahu berubah kerana disuruh. Perlu di fahami ALlah SWT, dan Rasulnya telah mengarahkan seluruh wanita MUSLIMAH untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung, Justeru sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak , suka atau tidak, disuruh oleh org lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap wajib di sisi ALLAH untuk melaksanakan KEWAJIPAN itu. Begitu juga mendirikan solat, membayar zakat, puasa dan semua arahan serta larangan Islam yg lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajipan untuk melakukan semua arahan WAJIB dan menjauhi larangan yg di haram tetapi tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapi tahap ikhlas. Apa yg perlu diusahakan adalah terus - menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh di anggap sebagai tahap kedua kesempurnaan ibadah. Tahap pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan islam. Dosa Dua Kali Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yg diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. Atau kata lainnya ,tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakanya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yg wajib ke atas secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas atas alasan tidak ikhlas, tidak mahu hipokrit dan sebagainya, tindakannya menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dia berdosa DUA KALI. Dosa pada tahap pertama dan kedua sekaligus malah, lebih teruk apabila dosa tahap pertama itu sgt mudah bertambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila ada mata lelaki bukan mahram yg melihat, ketika itu bukan hanya dua kali ttp sebanyak mata lelaki yg melihat. Walaubagaimanapun bagi mereka yg tidak ikhlas tadi sekurang2nya dia terselamat dari cambahan dosa dr mata lelaki. Oleh itu 'ingin berubah hasil hati sendiri', 'tidak ikhlas' dan 'tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya BISIKAN SYAITAN yg ingin menyesatkan hamba ALLAh agar terus menerus menjauhi kewajipannya. Sedarlah agar jangan lg terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus - menerus menambah kemurkaan Allah SWT dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah pd suatu hari sebagaimana yg diharapkan. 2) Mereka Yang bertudung tetapi tidak sempurna dan berakhlak buruk Satu perkara mesti JELAS juga semua wanita yg bertudung tetapi berbaju ketat, skrit panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, pada satu tahap menurut pandangan Islam iaitu sedang melakukan dosa dan tidak menutup aurat. Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ' rakan sekerja itu' sebagai menutup aurat ttp buruk akhlak dan berdosa. Sebabnya mereka juga tidak menutup aurat. Malah, jika mereka menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka untuk menetap pendirian sama ada perlu untuk menutup aurat atau tidak. Ingatlah bhw yg diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher tetapi menutup seluruh bhgn aurat bdn. Selain itu adalah slh sama sekali dlm hal ehwal agama, utk membandimgkan diri kita dgn mrk yg lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik syaitan utk menghentikan ssorg dr melakukan usaha pemulihan diri kpd yg lebih baik. Jelas dr hadis nabi SAW, dlm hal agama dan kepatuhannya, kita mesti melihat org yg lebih dr kita, agar kita terus berusaha. Manakala dlm hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam utk melihat mrk yg kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu utk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak. 3) Walaupun tidak memakai tudung (menutup aurat) tetapi masih jaga solat dan mampu menjaga tingkah laku. Tahniah atas kemampuan utk terus menjaga solat dan tingkah laku, namun solat yg hakiki dan ikhlas akan menghasilkan sorg yg gerun melakukan dosa, serta akan mendorong ssorg tanpa berlengah utk menunaikan tanggungjawab yg diarahkan Allah. Namun, apabila saudari terus redha membuka aurat sedangkan menunaikan solat, bermakna solat saudari juga bermasalah ttp jgn pula mengatakan "kalau begitu sy tak mahu solat krn tak mahu hipokrit". Juga buktikan kpd diri bhw jagaan solat saudari adalah benar2 sebuah ketaatan, bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah sebuah benar2 solat apabila saudari akan terbuka hati dgn cepat utk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai org sekitar. Jesteru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dr jenis individu yg saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat ttp tidak solat, mengumpat dsbnya). Saudari membenci mrk ttp saudari sebenarnya adalah sbhgn dr mrk krn mrk yg menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dgn mrk yg solat ttp tidak menutup aurat. Kedua2nya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sdg melakukan dosa. 4) Bukan sekarang masa utk berubah? Jika bukan skrg, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah. Sedarlah wahai diri, bhw kematian akan dtg secara tiba2 dan tiada sbrg jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. Kebaikan dan perlaksanaan tanggungjawab jgn sesekali ditangguhkan, kelak tidak pengampunan di hadapan Allah. kalau nak detail beli majalah ANis ...emmm promote pulak. 3 comments

Nuffnang