This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Shark fin soup





Makan mlm yg simple tp sedap,mudah dan cepat.....dh beberapa kali menggunakan recipe ini....sesiapa yg belum cuba boleh cuba...berbaloi2...enak di makan begitu shj atau dgn roti...terpulang pd citrasa masing2



Shark Fin Soup

Bahan-bahan:
Isi ketam – sebanyak mana nak letak (hiris memanjang dan sederhana pendek) lina tukar dgn udang segar
Isi ayam – optional (hiriskan kecil-kecil) x letak
Tepung jagung – 4 sudu besar dibancuh dengan 1 cawan air
Tepung ubi kayu (tepung kanji) – 2 sudu besar dibancuh dengan ½ cawan air
Cendawan butang – sebanyak mana suka
Lobak merah – dihiris memanjang, sebanyak mana suka
Kiub pati ayam – 2-3 biji (ikut rasa) 1-1/2 ikut citarasa sendiri
Bawang putih – 5 biji ditumbuk (tak perlu lumat sangat)
Halia – sebesar ibu jari di ketuk
Sos ikan – 2-3 sudu besar ikut rasa
Daun sup –sedikit
Telur – 2 biji (ambil putih sahaja, dan pukul sedikit)
Setengah periuk air (lebih kurang 1 litre)

Cara memasak:
Didihkan air dalam periuk
Selepas mendidih masukkan isi ketam dan ayam (biarkan sehingga ayam masak)
Masukkan bawang putih dan halia (biarkan sekejap)
Masukkan kiub pati ayam – kacau hingga larut
Masukkan cendawan dan lobak merah (biarkan sekejap)
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan lihat kepekatan.
Masukkan bancuhan tepung ubi kayu, kacau dan lihat kepekatan.
Jika cukup pekat, masukkan sos ikan. Rasa kuah, Kalau belum cukup masin, tambahkan sos ikan sesudu dua lagi.
Masukkan telur dalam periuk, jangan tuangkan semua sekali terus, masukkan biar bertali dan halus.. buat mcm bulatan dalam periuk. Tak perlu kacau. Tunggu 1 minit. Tutup api.

Tabur daun sup (melayukan sikit masakan ni)

Tips:
1.Sayur boleh tukar kepada sawi dan sebagainya, tapi pastikan bukan kubis atau jenis sayuran yg ada rasa pahit bila di didih terlalu lama.
2.Jika kurang pekat, bancuh lagi tepung jagung dan tambah kedalam kuah
3.Tepung ubi kayu penting utk kekal kan kuah supaya tetap pekat walau dah sejuk. Tepung jagung saja takkan maintain kuah sentiasa pekat bila dah sejuk
4.Boleh juga tukar kepada isi ikan, udang, dan sebagainya mengikut creativity masing-masing.

http://ainiqmy.blogspot.com/2013/01/hello-makcik-makcik-sekalian-today-saya.html
Selamat ber Crab Meat Soup!!
lina


Sent from Samsung tablet 0 comments

Nuffnang