This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Brown butter chocolate chunk cookies/ Biskut Coklat Chip Mentega Perang

24 Ramadan 1440h = 29/05/2019

Brown butter chocolate chunk cookies
Biskut Coklat Chip Mentega Perang
Resipi asal: completely delicious
Sumber: bisous a toi

Bahan-bahan:
1 cawan (226 grams) mentega tanpa garam
1/2 cawan (100 grams) gula *saya guna 90g gula perang gelap
1 cawan (215 grams) gula perang *saya guna 200g gula perang biasa
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/2 cawan (300 grams) tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
2 cawan (450 grams) coklat chips *saya guna 1 1/2 cawan coklat chips dan 1/2 cawan kacang gajus yang disangai dan dipotong kasar
Garam kasar untuk ditabur (tak letak pun xpe)

Cara-cara:
Dengan api perlahan, cairkan mentega dan biar sehingga ia bertukar ke warna perang. Jangan biar sampa hangit. Selepas itu, sejukkan mentega perang di dalam peti sejuk sehingga ia keras sedikit.  Panaskan oven pada suhu 175C dan alas loyang dengan kertas parchment.Pukul mentega perang, gula dan gula perang sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Tambah esen vanilla dan kacau lagi. Dalam satu bekas yang lain, satukan tepung, baking soda dan garam. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam mentega yang dipukul tadi (wet ingredients) dan kacau sebati. Masukkan coklat chips dan gaul. Letak adunan biskut anggaran 1 sudu besar setiap satu di atas loyang. Jarakkan dalam 2 inci kerana biskut akan mengembang semasa bakar. Tabur sedikit garam kasar jika suka. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga garing. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 
0 comments

Sup kambing berempah yang sangat sedap

Alhamdulillah berbuka dgn sup kambing berempah yg sgt sedap. Recipe drp blog kak wan @ resipicitrasawan.Terima kasih kak wan.
Maaf la ye gambar tk sempurna masa dh nk berbuka tgh makan baru ingat nk ambil gambar. 
Kena simpan recipe ni sbb sgt berbaloi sedap nya.
Bahan2
11/2 kg tulang kambing
2 labu bawang besar - potong wedges
3 inci halia - diketuk
2 btg serai - diketuk
2-3 tangkai cili padi- jika suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
2 keping asam pedas

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
10 biji bawang merah - dimayang
Sedikit minyak utk menumis

Bahan rempah
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah sup
1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk dgn sedikit air(satukan jd pes)

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Penyedian
1) panaskan minyak tumis bahan tumis dan hirisan bawang hingga keperangan
2)masukan bahan kisar masak sebentar kemudian masukkan pes masak hingga rempah masak
3)masukan daging tulang kambing
4)masukan air dan serai
5)bila tulang dh empuk masukan pati ayam,asam keping dan cili padi
6)taburkan bawang goreng ketika utk menghidangkan

Nota: boleh masukan kentang,carrot dan celery - jika suka

0 comments

Nuffnang